Jan 27, 2016

2016 tahun genap yang dicintai



Selamat datang year 2016...
wahhh gitu...
aku ni kalau menulis..memang suka awal tahun je ye..sebab azam baru..
pastu dah  mula malas...
kau ingat senang nak motivate diri untuk menulis ni?

ye..memang aku suka menulis..tapi kena la cari material..
selepas keguguran tahun lepas..memang banyak idea..tapi kerajinan pulak tiada..
so mencari motivasi untuk menulis amatlah susah...
kena cepat kumpul duit and beli laptop ni...
barula best tangan aku nak menari menaip apa yang dikehendaki..

aku dah merepek dah..sorry..

so..kenapa 2016 tahun genap yang dicintai..
aku penggemar or pencinta no ganjil...
aku cukup tak suke nombor genap..tak tahu kenapa..
tapi aku lebih suka nombor ganjil..
so tahun 2016..memang bukan kegemaran aku..tapi umur aku 27..ganjil..

pelik tak pelik...
aku pulak dilahirkan pada tahun ganjil..so bile umur aku genap...aku love tahun ganjil.
begitula sebaliknya.

ok done merepek...
ni aku nak cerita addiction terbaru aku..
MAGIC SIM dari CELCOM.
Internet Burung Hantu?
sapa kaki movie..bolehla beli sim ni...
memang best giler...


magic sim ni hebatnya...dia ada internet FREE, HISPEED and UNLIMITED...
bermula setiap malam dari pukul 1 pagi hingga pukul 7 pagi...
memang laju giler..so far aku dah download 200movie guna dia saje..
memang laju habis..
syarat dia mudah...ko reload and langgan internet seminggu or sbulan dia...
seminggu serendah rm10...
tapi kalau nak sebulan terus pun boleh..rm30 untuk 1.5g...
lagi jimat..sebab boleh pakai internet sbulan...
boleh la download selama sebulan kan...

oh ye..syarat kedua..internet sebulan or seminggu yang dilanggan tu..tak boleh habis..
jangan bagi  0mb ye...dia kena ade..so rasa ko nak jimat..jangan guna internet waktu siang..malam je baru bukak internet dan download guna iternet free IBH..
senang kan...
macam aku...aku memang pakai bil red one...so IBH ni sekadar topup internet aku kalau habis.
tu je...

so...selamat mencuba mendownload la ye..
aku dah berjaya. semua cerita yang aku nak dah dapat...
turn korang la pulak...
selamat mencuba..
oh ye..SELAMAT TAHUN BARU 2016.

FashionVictim Regular

Mar 12, 2015

CINTA HATI SANUBARI

"Setiap kali menyebutmu...
 Setiap itu..ku inginkanmu menemaniku...
 Setiap kali kau tiada...
 Setiap itu..ku harap DIA melindungimu..

 KAU temukan...KAU berikanku..
 sebuah cinta yang teramat,teramat indah...

 Ooooo..engkaulah sanubari...
 Melengkapi hidupku bagai syurga bertemu...
 Ooooo..engkaulah sanubari...
 Ku tak tahu ertinya hidupku tanpa dirimu..."

lagu ni menjadi favorite aku sekarang..
sebab aku lalui benda yang tak terbayang aku akan lalui..

 hujung January lepas aku disahkan mengandung 5minggu.
gembira dan excitednya aku tak perlu cakapla macam mana..
yela..kitorang dah kahwin setahun lebih...
walaupun tak dapat nak banding dengan orang yang tunggu lebih lama..tapi tetapla rasa lama...
but the year is fill with love..so takde rasa kosong sangat.
tapi yela..siapa tak happy dapat tau ngandung kan?
dah ada 5orang anak pun akan rasa happy je sebab nak dapat bby lagi kan...

alhamdulillah aku takde loya dan allergic yang teruk.
takde muntah-muntah atau ngidam yang teruk2..
yang aku perasan perbezaan diri aku is aku tambah penat.
rasa cam nak tido je. nak gi keje pun rasa bercinta.
perubahan bdn tu tk pyh ckpla...selera mkn aku on off..
kadang2 lapar giler..lepas tu kadang2 tak lapar langsung...




menjelang minggu ke 8 kandungan aku..aku perasan ada spotting bila aku kencing...
disebabkan kerisauan yang tinggi..
terus pergi rujuk klinik pakar...
PMC dekat sg buloh..

pagi2 buta aku sampai sana..sebab aku perasan spotting tu masa bangun subuh pagi tu.
so kul 7 aku dah ada kat situ. tapi doctor takde lagi.
30 minit jugakla tunggu pakar masok.
aku pesakit pertama. masuk2 doctor tanya history period..
tengok due kalau ikut period, aku due 5 October...
doctor tanya kenapa datang..aku kata aku ada bleeding/spotting sket...

doctor tenang je. minta aku pergi kat bilik scan untuk scan perut.
aku baring dalam bilik tu and doctor invite hubby masok sekali untuk tengok.
doctor pun scan perut aku...doctor scan2 and nampakla tiny dot dalam rahim aku..
memang sah aku mengandung.
tapi doctor buat kira2 melalui besar janin, mungkin baru dalam 7 minggu.
seminggu lewat dari kiraan period aku...
lepas settle scan, doctor bagi gambar yang dia scan tadi.
doctor suruh duduk balik and bagi advice.

doctor kata, maybe kandungan kecil lagi.
and aku ada spotting sebab kandungan tak kuat lagi.
so dia subscribe ubat untuk kuatkan rahim.

so aku balik dan truskan hari aku macam biasa.
darah pun dah takde keluar dah..
sampai hari appointment dia scan lagi and dia kata bby aku tak membesar dan tak nampak heartbeat.
dia bagi another week untuk makan ubat kuatkan rahim.

tapi minggu lepas aku bleeding lagi.
kawan aku trus suruh pergi hospital.
jangan pergi klinik dah. aku pun pergi hospital..
doc scan and kata bby ukuran 8mggu. tapi takde heartbeat..

rasa nak luluh jantong masa dengar tu..
betapa intactnya aku...
aku tak nangis pun...
doctor nasihat untuk tunggu kantong keluar sendiri atau d&c another 2 week.
aku trima je ape doctor cakap..
aku balik and buat macam biasa.

malam tu lepas maghrib aku decide nak baca yaasin...
Ya Allah. hanya tuhan yang tahu...
aku mula menangis teresak2...rasa sesak yang teramat sangat.
memang aku baca yaasin tu dalam keadaan menangis.
sampai isya aku duduk atas sejadah tu.
masuk je waktu, terus solat isya.
time tu dah tenang sikit. mata pun dah mengantok.

pagi itu, aku rasa tenang-setenangnya.
sampai sekarang aku masih menunggu untuk tumpah darah.
hari ini 12/3/2015 dan masih tiada apa berlaku...
aku tawakkal pada yang Maha Esa.
dia yang mengetahui setiap sesuatu.

dan lagu SANUBARI ni memang buat aku sedih setiap kali dengar.
betapa dia merubah hidup aku walaupun sekejap je...
kalau ada keajaiban, aku berdoa dia selamat sama ada dalam kandunganku atau di SANA.



pada cinta hati ibu...
ibu doakan sayang selamat.
tak kira syg masih di dalam kandungan ibu atau tak...
syg menjadi perkara terindah dalam hidup ibu.
walaupun Allah pinjamkan sayang hanya sekejap pada ibu.
ketahuilah, sayang akan sentiasa dalam doa ibu.
ibu sayang syg....



Jan 28, 2015

What is BFF true meaning????




amboi...rajin benar aku nak menulis sekarang...
ada je idea aku nak tulis..
ala..awal-awal tahun ni...semangat la nak tulis...
cuba tengok akhir tahun nanti...
confirm slow down je nanti...hahaha..

whateva...time idea dan ilham melimpah ruah ni lah aku nak membebel kan...
nak tulis kat facebook kang...ada pulak yang annoyed...
keluar la pulak kata.. "org tak nak tengok pendapat kau pun" "facebook utk status bukan utk diary"
so many things..so my blog is the place for me to express myself...

tajuk kali ni BFF...
apa itu BFF???kalau ikot kata panjang nya...
BFF ni is BEST FRIEND FOREVER.
betul ke wujud benda ni...?
bak kata orang....kawan senang nak cari...tapi SAHABAT memang susah...
dulu aku ingat kawan baik ni kena ada minat yang sama...instinct yang sama...
dulu aku ada sorang kawan..
kitorang memang banyak persamaan...
minat pada music yang sama...
muka pun orang selalu cakap sama...
lepas tu kitorang ada taste yang sama...
memang banyak la persamaan kitorang...
memang orang panggil kitorang kembar and adik beradik...
so memang aku ingat inilah sahabat aku...

okay...aku nak ambil contoh dari cerita favorite aku... Grey's Anatomy.
main character since season 1 is MEREDITH GREY and CHRISTINA YANG..
kalau sesiapa yang ikut cerita ni macam aku...
mesti akan perasan and tertanya kenapa diorang berdua ni boleh jadi bestfriend.

1st of all... diorang competitor dalam bidang surgery. suka fight siapa dapat the best case and surgery.
2nd...diorang suka bercerita tentang diri masing2.
3rd...personaliti diorang tak payah cakapla...berbeza giler... Meredith lembut and penyayang...while Christina pulak sangat ganas dan obsess dengan kerjaya surgeon dia.

so kalau korang ikot cerita ni macam aku...
ulang-ulang season 1-10...and now tengah run season 11...
memang korang akan perasan benda yang aku tulis ni.
ikot ciri2 memang dorang tak nampak langsung macam bestfren.
sebab diorang lebih banyak perbezaan dari persamaan.

 tapi...bila aku usha semula...
hubungan aku dengan Sahabat aku... Teja Qadhijah is a lot like Christina and Meredith friendship...
setiap kali jumpa....dia akan cerita hal dia...dan aku akan cerita hal aku...
kitorang langsung takde persamaan...
Teja ni garang and loud...
Aku lembut and suara pun dengar tak dengar je...
Teja aggressive...aku passive...
memang takde persamaan langsung...
apatah lagi bila masuk dalam bab minat pada music dan type of man...
memang jauh panggang dari api la...

tapi perbezaan ni tak membuatkan kami berjauhan...
lagi mewarnakan persahabatan kami lagi ada...
the best thing about us is akan ada masa kitorang akan capai tahap nak gado...
masing-masing mengamok dan keluar kata2 yang tak sedap didengar...
tapi lepas tu mesti baik balik...tak pernah gaduh lebih dari seminggu...
kitorang jeles dengan satu sama lain...
tapi tak pernah sampai nak tikam belakang...

so pada aku...
soulmate and SAHABAT tak semestinya memerlukan dua orang yang ada banyak persamaan...
dua orang yang tak mempunyai persamaan dan lebih perbezaan pun boleh jadi soulmate better than yang banyak persamaan tapi tikam belakang kawan.




to TEJA QADHIJAH...

thanks for being my soulmate...bila aku susah kau sentiasa ada...
and aku janji bila kau susah pun aku akan try untuk ada disisi kau...
walaupun kita selalu selisih pendapat...tapi kita tetap bersama...
kau SOULMATE aku...moga persahabatan kita kekal hingga ke syurga..
aku sayang kau babe....

NRaifanaMR

Jan 27, 2015

Differences Between Pants and Skirt


 
wow....
tajuk dia...giler gempak...
differences between pants and skirt...
actually nak tulis..
perbezaan antara lelaki dengan perempuan..
tapi terlalu cliche...
so cari something new...
nak tulis difference between chest and breast...
tapi terlampau taboo pulak rasanya...
hahaha....so abaikan...

aku peminat tegar cerita bersiri GREY ANATOMY.
and aku jatuh cinta dengan satu quote dari episode ni.
okay kalau korang ikut cerita GREY'S ANATOMY ni...
korang akan perasan setiap kali mula cerita akan ada narrator yang bercerita...
ikut setiap episode...dia akan narrate ikut tajuk episode yang di tayangkan.
episode kali ini tajuknya, "What Is It About Men" Season 8 Episode 4...
boleh try tengok...

kalau tengok awal-awal cerita ni...
dia ambik semua pelakon utama lelaki to narrate the script.
script dia berkaitan dengan MEN...

DEREK SHEPPERD 
  "There are distinct differences between Male and Female brain"
RICHARD WEBBER
  "Female brains have a large hippo campus. Which usually make them better at retention and memory"
ALEX KAREV
  "Male brains have a bigger Parietal Cortex, which helps when fending off an attack."
JACKSON AVERY
  "Male brains confront challenge differently than female brains."
MARK SLOAN
  "Woman are hardwired to communicate with language, details, empathy..Men..not so much..."
 OWEN HUNT
  "It doesn't mean that we have any less capable of emotion."
DEREK SHEPPERD
  "We can talk about our feelings. It's just that most of the time, we really rather not."

ini script narration masa start cerita.
jangan terkejut dengan nama2 tu.
tu nama2 watak dalam cerita tu...
all the hot and steamy doctor...boleh la start tengok citer ni..hensem kot hero2nya...
hahaha...

kenapa aku suka bait2 kata dalam script ni.
kite perempuan suka rasa macam kita mangsa keadaan.
selalu fikir macam kita je yang ada perasaan.
without realizing that man are just like woman...
man are also human..
who have emotion and need attention...
wah...speaking dah ni..hahahaha...

yes...kita as perempuan, kita ada emosi dan hormon yang tinggi..
tapi kena tau...lelaki pun ada perasaan jugak...
as tough as they see.
sekali lelaki dah terluka...diorang punya nak heal..lagi hebat dari kita...
sebab...kita perempuan bila terluka boleh diluahkan dengan air mata.
lelaki jarang nak menangis. so bila lelaki menangis...dorang betul-betul terluka...

ini first time aku sokong lelaki..
selalunya aku akan sebelah kaum aku sendiri...
tapi bila tengok cerita ni...and dengar this script.
aku realize yang lelaki pun punya perasaan.

so girl, treat your guys right...
sebab sekuat2 hati seorang lelaki...
sebenarnya rapuh juga....

aku akhiri coretan aku kali ni dengan script narration dari GREY ANATOMY gak...
awal dan akhir cerita memang ada Narration.

" 'BE A MAN...' people say it all the time..
But what does that even mean?
Is It about Strength?
Is It about Sacrifice?
Is It about Winning?
Maybe it's simpler than that. You have to know when to man up?
Sometimes it takes a Real Man to set his EGO aside, admit defeat and simply start all over again. "

NRaifanaMR

Jan 23, 2015

Should I Start????

interesting tak tajuk?
start ape?
start dieting?
start making babies?
or start ape kan...

should i start posting my novel online...
itu soalan aku sebenarnya...

ok novel yang aku tulis ni dah lama...
since zaman aku sekolah menengah lagi...
aku start masa aku form one...
tapi bila aku reviewing balik apa aku tulis...
of course la aku ada betulkan balik ayat-ayat yang nampak childish...

tapi disebabkan kerja dan belajar..
aku jadi tertangguh-tangguh untuk menulis novel aku...
masih tersekat..klimaks pun tak sampai lagi...
hahah..funny kan...

and aku tak tau sejauh mana novel aku ni boleh diterima..
manala tau kalau2 dalam masa aku tak menulis ni.
ada pulak penulis lain yang dah tulis benda yang sama dengan aku...

so..new year..new blog design...
maybe aku akan tulis cerpen pendek2...
but who knows...
ikut mood akula...

wish me luck guys...
mana tau cerpen and novel aku boleh jadi meletup ke?
angan-angan of course la nak jadi cam JK ROWLING...
haha..besar angan-angan kau?

kla.dah kehabisan idea...
moga ada idea lagi lain kali.

annyeong...

NRAIFANAMR