Malam ini malam raya...
Tapi tiada lagi kemeriahan dan kegembiraan untuk menyambut raya pada tahun ini..
Jiwa terasa kosong..
Hati terasa penuh dengan benda xterluah..
Malam ini...
Tepat 7 malam berlalu..
Adik kesayanganku pergi meninggalkanku..
Terasa bagai semalam aku baru memeluk tubuhnya dan mencium pipinya...
Malam ini, 7 hari yang lalu...
Usai aku berbuka puasa..
Usai aku mandi..
Kedengaran telefon berbunyi..
Dari jauh aku tahu yang itu adalah ibu atau abahku kerana telah ku setkan ringtone yg sama untuk mereka berdua..
Lalu aku berlari mencapai telefon..
Saat ini didalam kepala ku, mungkin abahku menelefon untuk meminta menelefon tnb kerana telah beberapa kali gangguan elektrik di kawasan rumah abahku...
Sangkaan ku meleset..
Ayat pertama abah ku adalah..
"Kakak...kakak sabar ye kak.."
Di saat aku mendengar ayat ini..
Aku menyangka mungkin kucingku telah meninggal dunia..
Tapi rupanya tidak..
Sekali lagi sangkaanku meleset..
Ayahku menyambung ayat yang sangat aku takuti untuk kudengari selama ini..
Ayat yang aku fobia dan kalau boleh aku tak nak dengar sampai bila2..
"Adik dah takde kak..."
Aku bagaikan tidak percaya dan meminta abahku untuk tidak bermain2..
Tapi aku lupa... Takkan perkara begini abahku ingin buat main..
Tika itu kakiku tidak lagi bermaya...
Aku jatuh terduduk sambil menangis dan meraung..
Tiada apa yang dapat aku tanyakan selain kenapa.. Bila... Dan macam mana..
Abahku lalu berpesan jangan balik sekarang kerana emosiku yang tidak stabil... Abahku meminta aku bersabar dan berdoa..
Selepas meletakkan telefon..
Aku tidak mampu bersabar lagi..
Suamiku ketika ini ada majlis buka puasa di luar..
Jadi aku berseorangan..
Kepala aku tak dapat pikir apa...
Terus mencapai apa yang sempat dicapai..
Dan aku terus keluar rumah untuk pergi ke Pusat Perubatan di mana adikku berada..
Air mata penuh meleleh2 di mata..
Tapi tidakku hiraukan..
Jiran2 yang menegur juga tidakku endahkan..
Yang aku tahu aku perlu pergi kepada adikku..
Sambil menelefon suamiku untuk memaklumkan berita tentang adikku..
Aku menjadi semakin tak stabil...
Aku memandu dalam keadaan emosi yang tak stabil dan air mata yg melimpah keluar tak henti-henti..
Aku memandu dalam keadaan yang agak laju dan bahaya..
Aku hanya ingin sampai dengan cepat pada adik, ibu dan abahku...
Setelah tiba, aku bergegas masuk ke dalam pusat rawatan itu dan nurse2 disitu telah menunjukkan dimana adikku berada...
Ya Allah beratnya kaki ku ketika itu..
Kelihatan paklang ku berada disitu di balik langsir yang menutupi katil.
Paklang ku memanggil ibu ku keluar dan dari situ aku lihat sekujur tubuh milik adikku dibaluti kain putih...
Tidak dapat kugambarkan perasaan ku ketika ini..
Nafasku sesak berlumba dengan air mata yang ingin keluar dan hidung yg makin tersumbat..
Ibuku memelukku..
Aku sudah mula teresak kuat..
Kerana tidak mahu tangisanku mengganggu orang disitu aku berlalu keluar tanpa melihat jenazah adikku..
Aku amat lemah ketika itu..
Aku terus keluar dan duduk di kerusi di luar pusat perubatan itu..
Disitu aku menjerit dan menangis melepaskan kesesakan didada yang aku rasa tadi...
Ibuku mengikutiku dan memelukku..
Memujuk agar aku meluahkan segalanya..
Kerana ibuku juga begitu tadi..
Kenapalah aku tidak berada disitu..
Siapalah yang menenangkan hati ibuku saat dia mendapat berita itu..
Selepas beberapa ketika..
Setelah aku merasa sedikit tenang..
Aku cuba kuatkan diri untuk melihat jenazah adikku..
Tapi ternyata aku tak kuat..
Skali lagi aku meraung..
Tapi kali ini aku berjaya melihat wajahnya..
Wajahnya kelihatan seperti biasa yang aku lihat sewaktu dia tidur..
Tapi kulitnya sudah menjadi kuning..
Dan wajahnya juga amat sejuk...
Aku memeluk dan menciumnya..
Ya Allah.. Tenangnya wajah adikku seakan dia hanya tidur..
Sekali lagi aku tak bertahan lama di dalam wad itu..
Aku meminta izin keluar dan aku duduk di luar...
Seketika kemudian makcikku tiba..
Ibuku perlu pulang kerumah untuk menyiapkan rumah untuk membawa jenazah adikku pulang...
Aku diminta untuk tinggal bersama jenazah adikku..
Walaupun tak kuat.. Tapi aku ingin berseorangan dengan adikku..
Lalu aku tinggal bersama jenazahnya di wad..
Ku amati dan ku pegang dadanya berharap dia kembali bernafas..
Ku pegang pipinya berharap dia bangun dari tidur...
Tp dia sudah tiada lagi..
Untuk menenangkan hati aku membaca yaasin sambil menunggu jenazahnya..
Apabila segalanya telah selesai dan mereka ingin membawa jenazah adikku pulang..
Aku meminta untuk mendukungnya untuk kali terakhir...
Sesungguhnya..dia hanya ibarat bayi kepadaku.
Nurse ingin menolong untuk menolak katil itu ke keranda.. Tapi aku ingin mengangkatnya..
Itulah kali terakhir aku mendukungnya...
Ku letakkan dia dikeranda dan badannya amat kecil..
Memang tak macam org yang berusia 28 tahun..
Segalanya bermula disitu..
Aku kehilangan adikku pada tanggal
23 Ramadhan 1440h..
28 May 2019..
Kali terakhir aku berjumpa adikku adalah pada hari sabtu 25 May..
Pagi terakhir itu, aku memandi dan menyiapkannya..
Aku duduk lepak bersamanya..
Berbual seperti biasa..
Walaupun perbualan itu hanya sebelah pihak tapi aku tak pernah rasa aku bercakap sendiri.
Kerana aku tahu dia faham percakapanku dari responnya kepadaku..
Pagi itu.. Aku duduk dan memeluknya..
Bertanya kalau2 dia sakit..
Kerana cara dia amat lain..
Aku tak nak dia sakit..
Sebab kalau dia sakit takde siapa tahu sebab dia tak boleh bercakap..
Pagi itu aku duduk dan berbual agak lama dengannya..
Seakan tidak mahu lepaskan pelukanku kepadanya..
Wajahnya kucium sepuas mungkin..
Rambutnya kuhidu sepuasnya...
Tak tahu kenapa.. Tapi aku menangis pagi itu semasa memeluk dan menciumnya kerana memikirkan apa akan jadi kalau aku tidak lagi dapat memeluk dan menciumnya..
Setelah seketika aku duduk dan berbual dengannya..
Aku membawanya duduk bersamaku didalam library sambil aku bermain komputer..
Setelah seketika duduk dikerusi rodanya, dia bising dan aku alihkan dia ke kerusi urut yang baru ibuku beli..
Dia kelihatan selesa disitu dan aku bukakan suis mesin urut itu dan dia selesa diurut smpai dia tertidur..
Tgh hari itu aku menghantarnya kedalam bilik ibuku kerana memang rutinnya untuk tidur sekejap di tgh hri..
Aku dapat baring dan memeluknya seketika tengah hari itu sebelum aku pulang ke rumah mertuaku petang itu..
Petang itu, sebelum pulang.
Aku bertemunya sebentar untuk memberitahu yang aku akan balik semula pada petang raya..
Aku minta dia tunggu aku balik untuk sambut raya bersama...
Kucium pipinya dan berlalu pergi..
Begitu pantas..
Siapa sangka dia akan pergi meninggalkanku 3hari kemudian...
Bermain2 dimataku kali terakhir aku membawanya keluar membeli baju raya untuk tahun ini...
Ibuku memberitahu bahawa tahun ini dia tidak mahu membelikan baju melayu untuk adikku..
Hanya baju basahan..
Kerana keadaan dirinya yang makin kurus, aku membelikan dia baju sepasang lengan dan seluar panjang..
Memori.. Bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan...
Terbayang bayang di mata setiap kali keluar, aku akan mendudukkan adikku di kerusi disebelah ku...
Bagai terlihat2 dia masih disitu...
Saat ini aku masih belum berhenti menangis...
Seakan terlihat2 dia dirumah ini..
Setiap penjuru..
Setiap sudut..
Seakan dia masih ada...
Tapi aku tahu.. Dia sudah berada di tmpat yang lebih baik dari dunia ini...
Bagi yang bertanya dan tertanya..
Adik rai dilahirkan normal dan sihat walafiat smpaila umur dia masuk dua tahun..
Dia kena appendix dan perlu dibedah..
Semasa dibedah, doctor tersalah bedah dan membuatkan oxygen tidak dapat naik ke otak untuk beberapa ketika dan menyebabkan adik rai koma dan brain damage..
Dia disahkan cerebral palsy dan lumpuh seluruh badan...
Selama 26 tahun dia dijaga oleh ibu abah dan rai sendiri.. Tapi ibu yang lebih banyak bersamanya..
Tak pernah sekalipun rasa dia menyusahkan kerana walaupun lumpuh, badannya kecil seperti budak berusia 10tahun..
Selepas dipinjamkan kepada kami selama 27tahun 10bulan..
Allah memanggil dia untuk kembali ke pangkuanNya..
Dia takde sakit ape..
Cuma dah sampai masanya Allah memanggil dia pulang..
Lalu dia harus pergi..
Cuma tersedak dan sesak nafas puncanya..
Tapi itu semua hanya punca..
Kerana ajal itu tidak perlu sebab..
Sampai masa kita akan pergi juga..
Tak perlu yang sakit berbulan2 bertahun2..
Yang sihat walafiat pn boleh dijemput pulang bila sudah tiba masanya..
Terima kasih banyak kepada semua pihak yang banyak membantu meringankan beban dan kesedihan yang ditanggung keluarga rai..
Banyak kawan dan sahabat lama yang datang dan memberikan semangat..
Ribuan terima kasih diucapkan..
Terima kasih juga pada semua yang memberikan ucapan dan ingatan...
Its comforting to read in such hard time..
Alhamdulillah... Rai percaya adik rai lebih tenang dan bahagia di sana..
AlFatihah buat adikku Ibrahim Mahmood tercinta...
Kakak akan sentiasa merinduimu...
Sekelip mata kau diambil dr seorang kanak2 normal kepada kanak2 yg lumpuh seluruh badan..
Sekelip mata juga kau dibawa pulang menghadap Yang Maha Esa..
Sesungguhnya Janji Allah itu pasti..
Dunia ini hanya pinjaman..
Bila DIA berkata jadi.. Maka Jadilah..
ALLAHUAKBAR...
Buat Ibrahim Mahmood adikku..
Sesungguhnya takkan ada yang dapat mengganti Mahmood di hati kakak..
Kakak terlampau menyayangimu..
Adik yang mengajar kakak erti berdikari..
Adik yang mengajar kakak untuk kuat..
Adik yang mengajar kakak erti kasih sayang...
Adik yang mengajar kakak matang dari usia...
Adik yang membuatkan kakak lebih empathy..
Adik yang mengajar kakak untuk tidak berhenti menyayangimu..
Seperti tidak cukup dan tidak puas kakak menyayangimu..
Seperti tidak cukup kakak berkhidmat padamu..
Seperti tidak puas kakak memelukmu..
Tapi kakak tahu.. Adik kini ditempat yang lebih baik...
Adik berehatlah.. Bermainla dengan kawan2 sebaya adik disana...
Berlarilah.. Berjalanlah sepuas2nya..
Kecapilah nikmat yang adik tak dapat didunia...
Nikmatilah nikmat yang menunggu adik disana..
Kakak redha dan kakak relakan adik pergi...
Tunggulah ibu dan abah dipintu syurga nanti...
Selamat Hari Raya Adikku sayang...
Tenanglah dikau bersemadi disana..
AlFatihah...






