Oct 13, 2017

Adikku Orang Teristimewa PART 2

ini kisah sambungan dari post Adikku Orang Teristimewa PART 1...
kisah adikku agak panjang.
dan perlu aku kembangkan kisahnya pada beberapa bahagian..

bahagian pertama, adikku dilahirkan sebagai seorang yang normal...
ye...dia seorang yang normal...
dilahirkan sebagai anak yang cukup sifat dan normal..
dibesarkan dan dijaga oleh ibuku..
kami berdua membesar dengan jayanya...
boleh dikatakan kedua-dua kami memang semangat...
lihat saja pada gambar lama kami berdua...

walaupun kami berdua dalam kategori semangat atau gemok..
tapi adikku sedikit berlebihan beratnya dari aku...
disebabkan berat badannya berlebihan itu..
menjelang umur 2tahun setengah, dia sudah mula susah untuk berjalan...

tahun 1993.
itulah tahun keramat segala-galanya berubah..
bermula dengan adikku jatuh sakit secara tiba-tiba..
ibu bapaku membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan..
doktor dan klinik yang biasa kami pergi...
setibanya ibu bapaku di klinik, mereka diberitahu untuk membawa adikku ke hospital untuk rawatan susulan.
keadaan sangat mencemaskan sehingga adikku di bawa ke hospital menaiki Ambulan.
aku kurang pasti dan ingat sama ada aku ada bersama mereka atau tidak..
tapi masih terngiang2 bunyi siren ambulan ketika itu..mungkin aku bersama mereka tapi aku tidak menaiki ambulan dan hanya mengikuti bapaku menaiki kereta kami...
masih terbayang adik ku diusung dari klinik ke dalam van ambulan.

setibanya di hospital kuala lumpur. segalanya berlaku sangat pantas.
memang tiada didalam kotak memori ku..
yang aku ingat adikku diperiksa dan di masukkan ke dalam wad..
bapaku menghantar aku untuk tinggal bersama pakcikku untuk sementara waktu.
di sinilah aku kehilangan adikku...

malam itu malam terakhir aku bersama sahabat baik dan adikku..
dengan takdir Allah..itulah malam terakhir aku melihatnya sebagai adikku yang sihat dan normal..
kerana selepas malam itu..segalanya berubah...

aku menceritakan kisah ini dari sudut pandangan aku..
aku seorang kanak-kanak ketika itu..
aku memang tak mengerti apa yang berlaku...
macam kanak-kanak lain..aku selfish dan teruskan hariku seperti biasa...
yang aku tau..aku dah kehilangan adikku..
tapi aku tak faham ape yang terjadi pada adikku...
yang aku pasti adikku menjadi seorang budak yang tak boleh berjalan lagi..
itu je...period...
aku tak faham apa yang berlaku...
aku tak tau kenapa ia berlaku...

mengambil masa yang lama untuk aku memahami semua ni..
aku melalui hari-hariku seperti biasa...
cuma aku kekurangan adikku dan perhatian ibu bapaku..
aku berdikari seawal itu kerana ibu ku menumpukan perhatian kepada adikku..
mungkin ketika itu aku sedikit marah dan kecewa..
tapi kini setelah dewasa dan matang...
tiada apa yang aku dendamkan..
aku lebih sayangkan ibu bapa dan adikku atas apa yang terjadi...

maaf...aku perlu berhenti di sini dahulu...
air mata yang mengalir membuatkan aku tak mampu berfikir apa yang perlu ditulis...
InshaAllah akan disambung didalam Part ketiga...

Ibrahim Mahmood..
kakak dedicatekan post ini untuk adik..
segala perasaan dan kasih sayang akak pada adik...
how much i love you...
how much i learn to love you..
and how much i experience to love you...

No Matter what happen to you..
Kakak will always love you...
To the moon and back...

Thanks Love
NRaifanaMR

The End PART 2

No comments: