Walk A Mile In My Shoe...
ini tajuk terbaru aku nye blog.
before this aku letak "DIARI DARI HATI"
but aku tukar since aku rasa "DIARI DARI HATI" means aku perlu kongsikan kisah hidup seharian aku di laman sosial.
yang mana aku tak nak sebab aku nak post pendapat and maybe cerita2 je kat blog ni.
maybe menulis pengalaman aku selama hidup di atas muka bumi ni...
so dari situla "DIARI DARI HARI" menjadi "WALK A MILE IN MY SHOE"
actually, walk in my shoe ni is an interesting title.
first aku dengar pasal ni dalam cerita bersiri kegemaran aku "UGLY BETTY"
she's a writer...she love to write things that can inspired people.
so one day dia nak tulis pasal WALK A MILE IN MY SHOE.
WALK A MILE IN MY SHOE....
macam-macam cerita boleh diperbuat dari tajuk ni. dah harini aku memilih untuk menulis tentang diri aku..
walk a mile in my shoe...
pengalaman hidup aku takkan sama dengan orang lain.
mungkin ada yang hampir sama tapi tak mungkin serupa...
dilahirkan dalam keluarga yang tidak besar. semua orang yang mengenaliku pasti akan menganggap aku anak manja. kerana aku tidak mempunyai abang atau kakak dan aku hanya mempunyai seorang adik.
tapi aku tak pernah memandang diriku begitu.
aku mempunyai seorang adik yang sangat istimewa.
dia dilahirkan normal dan selama 2 tahun dia lah teman baikku...sahabatku...musuhku...dan mungkin juga buah hatiku...mengenalinya dalam dua tahun cukup untuk aku membawa kenangan bersamanya hingga ke akhir hayatku.Ibrahim Mahmood. nama yang melambangkan kekuatan,syahid dan perjuangan islam...
dia dilahirkan normal dan sangat sihat. melihatkannya kita pasti akan terlihat masa depan yang sangat cerah di sebalik senyum dan tawanya.
tapi apakan daya... panas tak semestinya hingga petang...ketika aku berusia 4 tahun adikku mempunyai appendic di perutnya. mungkin perkara biasa untuk appendic yang dapat di kesan awal.
tapi sayangnya, appendics adikku telah pecah sebelum sempat di bedah.
tak cukup dengan itu, doktor pelatih yang membedah adikku pula telah tersalah bedah adikku dan membuatkan oksigen tidak dapat naik ke otak adikku.
setelah koma selama 2 bulan, adikku disahkan Brain Damage...
di sinilah bermulanya kisah hidupku. mungkin aku tidak kehilangan sepenuhnya adikku. tapi aku tetap kehilangan dia...tiada lagi teman untuk bergurau,bergaduh dan berbual.
seawal umur 5 tahun aku mula hidup berdikari. ibu bapaku menumpukan sepenuh perhatian kepada adikku.
on that time aku memang tak paham. kenapa ibu bapaku melebihkan adikku...
aku terpaksa pergi tadika sendiri sebab abahku bekerja dan ibuku menjaga adikku.
seawal tadika aku mula berdikari.
when i was 7years old...aku satu-satunya budak yang tak minta ditunggu.
jelas lagi di ingatanku bagaimana aku boleh suruh abahku pulang meninggalkan aku seorang diri di sekolah baru. kanak-kanak lain mungkin akan menangis ditinggalkan. tapi tidak aku...
bile diingatkan semula aku bersyukur kerana semua ini mengajar aku pengalaman hidup.
kerana kisah hidupku ini agak panjang. aku perlu menulis tajuk ini dalam Part.
aku hentikan dahulu kisahku disini...

No comments:
Post a Comment