Jun 17, 2014

Lagu Hit Fav Aku - All Of Me

korang ada dengar lagu terbaru John Legends tak?
tak la baru sangat...actually aku dengar lagu ni dari Grey Anatomy season 9 lagi..
episode last season 9 ... Perfect Storm tak silap aku...
tapi sebab time tu aku dengar tapi tak minat sangat...so takdela aku nak cari sape penyanyi lagu ni..

baru2 ni aku pasan kat radio2 tempatan sibuk mainkan lagu ni...
awww..memang jatuh hati betulla...
ohoiii..lagu ni kalau ada lelaki or even suami aku bagi kat aku...
memang romantik giler...adoihai...
tapi nasibler..laki i ni jenis minat lagu lama2...
mana nak layan lagu2 yg jenis gini...

so aku jela layan lagu ni..dengar berulang kali...
sampai hubby pun naik penat dengar aku ulang berjuta kali..
lagu baru..sedap lak tu..selagi tak bosan selagi tu la aku dengar....
pastu dapat tau lak lagu ni ada masuk listing lagu dalam The Voice...
tau tak...ala...apps karaoke The Voice tu...
tambah semangat ler aku...kumpul token pastu beli lagu All Of Me ni...
tambah pening la kepala hubby aku mendengar aku mengkaraoke kan lagu ni...
sorry hubby...dah tau bini awak ni memang suke nyanyi...
terima jela ye....

lagu ni sangat perfect untuk pasangan bercinta.
lirik dia je dah melting...
aku tak boleh nak dengar lirik dia....
omg omg omg....
bile aku dengar lagu ni aku just terbayang lelaki yg betul2 menyayangi gf dia...
satu contoh couple yg aku suke giler...
Scha And Awal...
awww..dorang sangat sweet...nampak giler kasih sayang Awal pada Scha...
bukanla nak kata hubby aku tak sayang aku camtu...
i know my hubby love me so much...
tak perlu canang satu dunia...cukup aku je tau....
maybe bukan dari apa yang ditunjuk...tapi cukup dari cara dia jaga aku...
aku tau hubby aku sayang aku....

okla..malas nak celoteh panjang...
enjoy lagu ni...aku tak dapat nak paste link lagu..tp aku bagi lirik..
korang gi cari lagu ni sendiri ok...gudluck...














"All Of Me"

[Verse 1:]
What would I do without your smart mouth?
Drawing me in, and you kicking me out
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright

[Pre-Chorus:]
My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

[Chorus:]
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh

[Verse 2:]
How many times do I have to tell you
Even when you're crying you're beautiful too
The world is beating you down, I'm around through every mood
You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you

[Pre-Chorus:]
My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

[Chorus:]
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh

[Bridge:]
Give me all of you
Cards on the table, we're both showing hearts
Risking it all, though it's hard

[Chorus:]
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you

I give you all of me
And you give me all of you, oh

Jun 16, 2014

Walk A Mile In My Shoe (Part 1)

Walk A Mile In My Shoe...
ini tajuk terbaru aku nye blog.
before this aku letak "DIARI DARI HATI"
but aku tukar since aku rasa "DIARI DARI HATI" means aku perlu kongsikan kisah hidup seharian aku di laman sosial.
yang mana aku tak nak sebab aku nak post pendapat and maybe cerita2 je kat blog ni.
maybe menulis pengalaman aku selama hidup di atas muka bumi ni...

so dari situla "DIARI DARI HARI" menjadi "WALK A MILE IN MY SHOE"

actually, walk in my shoe ni is an interesting title.
first aku dengar pasal ni dalam cerita bersiri kegemaran aku "UGLY BETTY"
she's a writer...she love to write things that can inspired people.
so one day dia nak tulis pasal WALK A MILE IN MY SHOE.

WALK A MILE IN MY SHOE....
macam-macam cerita boleh diperbuat dari tajuk ni. dah harini aku memilih untuk menulis tentang diri aku..
walk a mile in my shoe...

pengalaman hidup aku takkan sama dengan orang lain.
mungkin ada yang hampir sama tapi tak mungkin serupa...

dilahirkan dalam keluarga yang tidak besar. semua orang yang mengenaliku pasti akan menganggap aku anak manja. kerana aku tidak mempunyai abang atau kakak dan aku hanya mempunyai seorang adik.
tapi aku tak pernah memandang diriku begitu.

aku mempunyai seorang adik yang sangat istimewa.
dia dilahirkan normal dan selama 2 tahun dia lah teman baikku...sahabatku...musuhku...dan mungkin juga buah hatiku...mengenalinya dalam dua tahun cukup untuk aku membawa kenangan bersamanya hingga ke akhir hayatku.Ibrahim Mahmood. nama yang melambangkan kekuatan,syahid dan perjuangan islam...


dia dilahirkan normal dan sangat sihat. melihatkannya kita pasti akan terlihat masa depan yang sangat cerah di sebalik senyum dan tawanya.
tapi apakan daya... panas tak semestinya hingga petang...ketika aku berusia 4 tahun adikku mempunyai appendic di perutnya. mungkin perkara biasa untuk appendic yang dapat di kesan awal.
tapi sayangnya, appendics adikku telah pecah sebelum sempat di bedah.
tak cukup dengan itu, doktor pelatih yang membedah adikku pula telah tersalah bedah adikku dan membuatkan oksigen tidak dapat naik ke otak adikku.
setelah koma selama 2 bulan, adikku disahkan Brain Damage...

di sinilah bermulanya kisah hidupku. mungkin aku tidak kehilangan sepenuhnya adikku. tapi aku tetap kehilangan dia...tiada lagi teman untuk bergurau,bergaduh dan berbual.
seawal umur 5 tahun aku mula hidup berdikari. ibu bapaku menumpukan sepenuh perhatian kepada adikku.
on that time aku memang tak paham. kenapa ibu bapaku melebihkan adikku...
aku terpaksa pergi tadika sendiri sebab abahku bekerja dan ibuku menjaga adikku.
seawal tadika aku mula berdikari.

when i was 7years old...aku satu-satunya budak yang tak minta ditunggu.
jelas lagi di ingatanku bagaimana aku boleh suruh abahku pulang meninggalkan aku seorang diri di sekolah baru. kanak-kanak lain mungkin akan menangis ditinggalkan. tapi tidak aku...
bile diingatkan semula aku bersyukur kerana semua ini mengajar aku pengalaman hidup.

kerana kisah hidupku ini agak panjang. aku perlu menulis tajuk ini dalam Part.
aku hentikan dahulu kisahku disini...


tajuk baru lagi

okay.,...tajuk baru lagi blog aku...
takde hal la...as long as aku minat menulis...
fyi...aku ni menulis mmg mcm chipsmore...
kejap ada kejap takde... bile usha balik blog aku ni..
memang sadis ler...tengok jela blog archive aku....
2008 - 22 post. ni tahun yang aku belaja...so many idea...
so many things to say...
2011 - got only 10 post...
2012 - 5 post
2013 - 6 post...













sadis kan...tapi tu la...start keje ni memang aku takde masa nk mengusha blog aku..
idea ada tapi tak tau nak tulis ape...stiap kali nak start menulis mesti blank semula.
so inilah hasilnya. kalau boleh aku nak buat blog aku ni as suatu tempat aku mengutarakan pendapat.
tapi tengokla sejauh mana pendapat aku boleh ditulis...
tak semua orang akan sependapat dengan aku...

see....aku stop dari perenggan last td ni...dekat 20minit..
aku boleh tgk fb dulu..instagram dulu....
bosan er laa...sumpah tak tau nak tulis ape...

aku tak janjila 2014 ni akan menjanjikan ape2 kelainan sebab dah bulan june dah pun...
baru nak buat 1st entry...entah2 jadi macam 2010...takde masa langsung nak update blog...
i will try my best untuk memupuk minat menulis semula.
novel ada berapa lagi tertunggak...


Sep 26, 2013

Bride's War versi aku

 


nak dijadikan citer...aku selalu tengok citer Bride War...
in fact this is one of my favorite movie of all time sebab ada Anne Hathaway..
pada yang tak tau pasal citer ni meh aku storykan sikit sinopsis citer ni.

ada dua orang bestfren ni. yang impian dari kecik is to get married at The Plaza... (aku tak tau apa istimewanya tempat ni...tapi dah citer tu buat aku ikotkan jela..)
so impian dorang berdua is to get married at The Plaza in June.
tau2 jela kat negara omputih kan June ni masa summer.
so cantikla nak buat wedding time ni..
warna yang bermain masa ni pun warna2 pastel...memang cunla...
nak dijadikan cerita, lepas diorang besar. kebetulan bf kdua2 pompuan ni propose tak jauh mana...
so masing2 pun planla kahwin dekat tempat yang diorang impikan...
masa Anne ngan Kate jumpa wedding planner yang diorang nak ni...
planner tu bagi tarikh yang cantik...satu on awal June. and then akhir june...
However...assistant planner tu mixed up the date and book wedding diorang on the same day....
bermula la pertelingkahan diorang sebab kalau boleh mestila nak ada kat dua2 wedding kan...

ok stop sinopsis..masuk citer aku plak..
tak sangka la plak aku sendiri akan lalui benda ni..memang pedih dan sedih weh bile bestfren sendiri tak dapat nak attend wedding kite....
arghhhhhhhhhhh..aku dh perap benda ni dalam sebulan kot...
start dari BFF aku bgtau tarikh dia ( which is sminggu before aku ) aku dah mental giler...
bukan mental ape...just wondering...aku bgtau tarikh aku dah lama kot...
boleh je nak pilih selepas aku atau 2,3 bulan sebelum aku...
nak jugak pilih seminggu sebelum aku...

mula2 dia pilih tarikh 5/10..ok tak de hal la sebab tak dekat sangat ngan aku...
ttb dia boleh tuka and pilih tarikh 20/10...7 hari woi sebelum aku...7 days....
orang akan tanya whats the big deal...it is a big deal to me sebab dia BFF aku...
kalau boleh, all the way dari aku nye persiapan kahwin aku nak dia ada...
teman aku g cari baju barang apa semua. bila dah jadi camni...camne dia nak teman aku???
aku ni dari start aku risik bulan 12 tahun lepas aku dah busy pikir dayang2 aku and baju diorang..
even worst..aku dah beli kain pun untuk diorang buat baju...tiba2 aku dapat tau dia nak kahwin dekat ngan aku...korang rasa dia still leh include dalam journey aku ke since dia ada journey dia sendiri???
perghhh...sakit bhai sakit...

so aku memang tak sangka...hidup aku boleh jadi macam citer yg aku slalu tengok...
citer ni ok gak..dia leh cancel wedding dia...aku nak cancel wedding camne?
hahaha...sedihnyela bile benda ni kena kat batang hidung sendiri....
nak buat camne?dlm kemeriahan aku nak buat wedding aku..
aku kne kongsi kegembiraan dengan dia...sumpah weh..kalau jauh2 aku boleh commit 100% ngan wedding dia...dia boleh tanya la orang2 yang aku commit dengan wedding...
memang aku commit sungguh...dr hari ko nak cari baju sampai hari ko nak pakai inai...aku akan sentiasa ada disisi untuk menolong...tapi dah jadi camni...aku tak dapat rasa kemeriahan wedding dia...
dia lagila...maybe tak heran pun dengan wedding aku...

so moral of the story...tak payah nak berjanji dari kecik bagai dengan BFF korang...
sebab boleh jadi dorg leh jadi selfish and tinggalkan korang terkontang kanting.
tenang rai tenang....
mari menenangkan diri....
astaghfirullahalazim....


Aug 5, 2013

Bedroom hunting for big day

semua orang perlukan bedroom set kalau nak kahwin kan.
kalau tak kat mana nak tido...hahaha...
so minggu lepas or dua minggu lepas...aku and mr love sibukla mencari set bilik tidur yg berkenan dan berpatutan...
fuhh...it is not that easy to find a bedroom set.
ada yang murah...entah pape dia nye set...
ada yang cantik..mahal nak mampus lak...
okay...this is the first time aku nak beli set2 camni...
barula mak jemah tau yang set bilik tidur dengan tilam adalah berbeza...
kalau dapat cari set bilik tidur yang free tilam, sangat beruntung...

fuhh....cari punya cari punya cari...
aku tak nak la cari kat kl..sebab sudah tentu confirm tak tipu kelentongnya harga penghantaran dia cam lahanat...
lagi-lagi pulak umah aku dekat nun hutan di sana...
so aku and future hubby pun decide nak cari kat area sungai buloh...
hello..ko ingat sungai buloh tu kg ke...
belambak kedai perabut....
ko jalan 5 meter je mesti jumpa kedai perabut... (hahahaha)

ok so nak dijadikan cerita...pagi2 kitorg kuar nak realisasikan benda yang kitorang nak ni...
mula2 teman FB g jumpa ustaz untuk dapatkan kelulusan kahwin...
yela..dia kan orang Pahang yang menetap di KL..
haruslah mintak pengesahan bawah dia dah lama bermastautin disini...
tapi memang tak lepas sebab borang tak lengkap...
memangla sangat susah nak kahwin kat Malaysia ni...
banyak bonar prosedur nye...
patutla ramai orang elope ke Thailand... (hahahaha)
tapi sebab aku ni nak kahwin proper dengan pikir ibu abah atok nenek sume...
aku pun hadap jela prosedur yang ntah pape ni...
dipendekkan cerita, ustaz yang tak berapa nak mesra ni marah la FB aku sebab borang tak lengkap...
kami pun beredar la dari situ...dahla puasa,..kena marah pulak...free2 je.... (hahaha)

so destinasi seterusnya adalah kedai-kedai perabut ni.
tau tak jalan nak gi shah alam yang lalu subang tu...
ala yang ada banyak bunga-bunga kat pinggir2 jalan tu...
kat situ banyak gudang a.k.a kedai perabot.,.
so destinasi pertama aku adalah situ....
sepanjang jalan dah nampak promosi RAYA CLEARANCE...
mata aku memang buntang je nampak promosi2 camtu....
aim aku hari ni nak cari set bilik tidur + tilam dengan harga yang berpatutan....

jalan punya jalan nampak gudang EUKENCO buat clearance sale...
ada tilam  ...
aku nak gak cari vono ke ape ke...
tapi poket tipis bhai....acaner....
so goodnite ni pun one of the good mattress supplier...
so aku pun singgah la...aku nak tengok set bedroom dia...
tapi mak aii..sekali kat tingkat 4 dowh....
aku pun batalkanla niat aku nak memanjat tingkat 4 tu...
lgpn perabut yang ada hanyalah kayu...
pssst...aku tak nak kayu...
aku nak DIVAN....sebab kayu cepat reput...
aku kan comey...hahaha....

kat bawah tu adalah tilam2 yang dia jual separuh harga...aku pun usha2...
nampakla satu tilam ni..memang nice..harga pun boleh tahan,...(tak mahal sangat)
aku pun tnyala...sama ada tilam tu boleh dapat in king size...sebab king size dia harga baru 625...
so cina tu kata memang ada stock... happynyela aku...
aku memang nak king size...sebab aku ni comey...
FB memang la papan...tp luas2 kan syok... (hahahaha)
so kitorang pun confirm amek tilam tu...bayar by card...
total semua RM625 + RM 50 (penghantaran) = RM 675.00... murah kan untuk tilam yang empuk...
gambar tilam tu seperti di bawah...tapi tilam je...bukan katilnya sekali..
gempak ahh kalau katil aku camtu...



so dah puas hati dengan tilam yang dicari..
me and my FB meneruskan hunting...
kali ni set bilik tidur...
semalam tu aku dah usha ngan kawan aku...
pergi satu kedai perabot ni..bapak mahalnye..
sampai 4k...
memang takla...
aku ni memang kedek...
nanti dah kaya bolehla nak beli katil2 macam tu...
aku ni ukur baju di badan sendiri.... (hahaha)

so meneruskan pencarian kami...
dah alang-alang lalu situ...singgah la kedai perabut yang bukan main banyak kat situ....
singgah la satu kedai ni...dia takde display kat situ...
so aku and FB hanya tengok katalog...
katalog...how can we determine besar and macam benda tu in actual...
harga memang dah cantik... roughly in RM1300.00
nak tambah jadi king kena tmbah RM150.00 so total RM1450.00
so aku pun usha-usha...
tapi almari dia tak best...
aku ni kalau leh nak almari yang 8kaki tu...
huahuahua...bapak besarnye taste..
bukan ape,..kalau merajuk leh main sorok2 dengan FB...hahaha...

so tak jadi...politely aku cakap dengan cina tu..nanti kitorang datang lagi...
so kitorg teruskan berjalan...
masa on the way tu..aku ada nampak promosi syarikat valencia on perabot...
RM469.. ape jadahnya set bilik tidur RM469.00
tak mungkin kan..so singgahlah...sebab nak tengok...
tanya la yang set 469 tu...hmmmphhh..
HAMPEH tu je yang mampu keluar dari mulut aku...
memang padan dengan harga dia...
almari dia muat2 badan aku je....hahaha..katil kalau nak tambah KING kena tambah extra RM300.00
mak aih...and 469 ni katil kayu...so awal2 memang dah reject...
macam mana pun aku nak divan jugak...

kitorang pun keluar dari kedai tu..
FB dah penat dah ni..
tp demi melayan buah hati nya yang cerewet ni...
dia ikutkan saja... (hahahaha)..terasa berkuasa disitu...
tapi honestly, sebenarnya aku pun dah penat giler...
rasa nak giveup je...
dahla cari masa puasa.... (menguji kesabaran sungguh)

on the way back from kedai perabot valencia tu...
terjumpa satu kedai perabot lagi...
ala2 deret dia lah...sebelah SSF Damansara...
nampak macam electrical...
tapi rupanya dia buat perabot kat bahagian atas...
aku ni memang bercinta nak  naik tingkat dua.
tapi sbb FB kata mungkin rezeki kite disini...aku pun naik jugakla...
tu pun lepas encouragement from him...
masuk..memang terbentang luas perabot...macam2 ada...
haaa..showroom macam ni la yang aku cari...
dia susun perabot dia dari murah ke mahal ikot jenis....

jalan punya jalan last2 mata tertancap kat satu perabot ni...
katil dia DIVAN...tp almari dia kayu style lama...
almaklumlah FB ni suke bnda2 old school...
so dia memang berkenan dah dengan set bilik tidur ni...
dia punye board DIVAN tu tinggi...
FB leh berseloroh... " i nak board tinggi2 supaya i boleh sandar duduk sambil cari uban u masa kita tua nanti...i nak kahwin ngan u bukan sekejap...kalau boleh sampai u dah beruban and terus ke syurga"
awwwwwwwwwwww,,,,,cair hati...
dari tak minat terus minat....
lagipun dressing table dia tak macam dressing table yang sekarang ni..
yang cermin satu kurus2 tu....
ni memang cermin empat segi and ada drawer lagi kat bawah dia....
so memang aku berkenan sangatla...
harga pun boleh tahan... RM1149..
tambah jadi KING kena tambah RM200.00
so total RM1349.00+RM50 (penghantaran) = RM1399.00
okla kan..dari aku beli kat KL..tak taula kos penghantaran berapa...

so bayar D/P RM300.00 and the rest FB bayar...
akhirnya setelah penat aku berjaya cari katil and tilam yang diingini dengan harga yang berpatutan...
gambar set bilik tidur boleh la dikatakan seperti di bawah....

p/s ni gambar aku curi dari laman web mana ntah...sebab this is the closest that im having...
almari 4 pintu...katil, dressing table..stool...jangan ingat aku beli kat CHAN tu pulak ye...



tak lama je lagi dah ni...
tinggal 2bulan lebih je....
mak ai....nervouse mak jemahhh...
doakan yang terbaik utk jemahh ye guys...