Sep 17, 2017

Black Day for Malaysia..

hari ini 17hb September 2017...
beberapa hari lalu..
pada tanggal 14 September, berlaku satu peristiwa hitam..
yang mana sis tengok akan terpahat dalam salah satu lipatan sejarah terbesar untuk Malaysia untuk tahun 2017 ini...
Maahad Tahfiz Darul Ittifaqiyah...
sedang sis menjalani kehidupan seperti biasa..
pergi kerja dan menjalankan tugas-tugas rutin sis seperti biasa..
sis dikejutkan dengan berita sebuah maahad terbakar pada tengah malam dan mengorbankan 21 orang pada waktu itu...

honestly sis cakap...sis masa tu ambil kisah tak kisah tentang benda ni..
because fikir..another burning maahad...
bukan tak pernah dengar cerita ni sebelum ni..
tapi malam tu sis balik dan menonton televisyen..sis bagai digoncang bangun dari tidur...
dan tersentak apabila membaca surat terakhir dari salah seorang pelajar untuk ibu nya..
ketika itu baru sis kembali ke dunia realiti..
this is big...bukan benda kecil lagi..bukan seperti kes-kes terbakar yang lepas.
ini melibatkan nyawa...bukan satu bukan dua..
tapi sehingga 21 nyawa...ini nombor yang diumumkan pada ketika itu.

sis masih lagi okay...sis sedar this is big..but masih tidak terasa apa-apa..
sehinggalah pada keesokan harinya. dipejabat sis...setiap hari jumaat, kami akan membuat bacaan yaasin di waktu rehat 2jam...memang sis diberitahu yang kami akan membaca yaasin dan menyedekahkan bacaan itu pada kanak-kanak malang yang mati syahid di dalam kebakaran maahad tahfiz itu..

tapi seperti biasa..sis baca yaasin seperti biasa tanpa apa-apa rasa di hati..
tapi hari itu..bila sis diminta membaca doa selepas yaasin mengikut buku yaasin yang ada...
pada awalnya sis baca dengan tenang dan bersahaja..tapi tiba-tiba sis bagai dilanda satu perasaan yang tak dapat sis bayangkan..di akhir ayat doa itu sis ingat lagi ayatnya..

2 kali ulang dalam doa tu...
Ya Allah yang melepaskan dukacita..lepaskanlah..
Ya allah yang melepaskan dukacita..lepaskanlah...


terus datang satu rasa yang tak dapat sis bayangkan...
empangan air mata sis terus pecah dan sis menangis..
bukan menangis yang sedikit2..
sis terus jadi tersedu-sedu sebab membayangkan keadaan pelajar-pelajar tahfiz yang terbakar.
kawan-kawan sis pun terkejut...sebab sis agak pandai menyorokkan perasaan dalam apa juga keadaan..
kadang-kadang orang ingat sis ni heartless...tapi time tu..memang sis menangis teruk..
terus tak boleh sambung baca doa..tapi sis habiskan juga sebab tinggal sikit je lagi..
lepas habis je baca doa..sis terus sambung nangis sambil minta maaf dengan kawan-kawan sebab tak dapat kawal dan membuatkan dorang menangis sekali.

Ya Allah..time tu sis rasa..kenapa sebegini hebat Allah turunkan rasa begitu di hati sis...
masa sis tengah tulis ni pun sis menangis sampai suami sis tnya...kenapa..
sis jawab sis tengah tulis blog..automatically dia tahu yang sis sedang menulis tentang maahad tahfiz yang terbakar...
sebab dia dah tau..sis akan menangis setiap kali teringat benda yang jadi..
begitu lemahnya hati sis rupanya.

by hari jumaat, disahkan bahawa total 23 orang yang meninggal di dalam kebakaran itu..
ya Allah..ramainya yang dijemput pulang untuk mengahadapmu...
begitu rindu dan sayang nya Allah pada hamba-hambanya yang hampir setiap hari dan setiap saat mempelajari tentang agamanya..
syahidlah mereka dan ditempat orang-orang yang beriman.

by sabtu tersebarnya video rakaman cctv yang menunjukkan ada orang yang menceroboh pusat tahfiz tu...time tu sis dah timbul rasa marah..dengan rasa amarah yang ada..sis fikir..kalau ada lah orang yang mengkhianat dan membuatkan 23 nyawa melayang...sis memang tak fikirkan hukuman yang ringan untuk mereka.

by sabtu malam jugak..terbongkar yang seramai 7 orang pelajar yang khayal di bawah pengaruh dadah membakar pusat tahfiz itu..tidak dapat sis bayangkan ape perasaan sis..
sis tau..ramai yang memberi komen dan karangan yang panjang di fb untuk perkara ni..
sis tak berani nak lontarkan apa-apa pandangan..sebab sis belum ada anak..
dan belum tentu bakal anak sis akan jadi anak yang baik.
sis tidak mahu menuding jari..siapa yang perlu dipersalahkan...

cuma sis memang terkejut kerana seawal usia 11 tahun sudah terlibat dengan benda2 begini.
masa sis 11 tahun dadah pun sis tak faham apa benda..
ya Allah..jauhkanlah keluargaku dan diriku dari sebarang keburukan di muka bumi ini...

semoga kejadian ini memberi satu kesedaran baru untuk kita rakyat malaysia dan ibu bapa yang ada di masa kini. kembalikan semula zaman di mana cikgu boleh menegur anak murid..
di mana ibu bapa tidak akan marah pada cikgu yang ingin membentuk anak mereka..
di mana cikgu boleh mengajar anak-anak mereka tanpa ada rasa takut di saman...
di mana ibu bapa boleh memukul anak tanpa aktivis kanak-kanak mengecam mereka..
kerana bagaimana anak-anak dibentuk adalah dari ibu bapanya..
melentur buluh biar dari rebungnya..
jika rebung dan keras dan menjadi buluh..tiada guna lagi untuk dilentur..
hanya meriam buluh yang boleh dijadikan...

IT TAKES A NATION TO RAISE A KID...

Alfatihah untuk mangsa kejadian..semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang beriman dan di tempatkan di syurga firdausi tertinggi.

Thanks Love
NRaifanaMR

Sep 12, 2017

IT CHAPTER I (The remake)



okay..sis tengah excited sebab baru balik dari menonton filem smash hit terbaru di pawagam..
IT...
pada ramai yang tak tahu. lagi2 untuk mereka yang lahir ala2 sis..
tahun 1989... IT ni pernah dikeluarkan pada tahun 1990..
so faham-faham jela..sis tak sampai dua tahun pun time tu..
memang tak tau citer ni..

bila sis dah besar...sis suka cari cerita2 seram lama yang box office and high rated.
IT adalah salah satu darinya..
honestly...sis cari IT ni dah lama..
dari sis sekolah menengah..
tapi tak pernah ada source untuk sis beli or download..
bila sis dah berkecimpung dalam dunia download...sis lupa pulak nak download citer ni..
masa zaman sis giler mendownload aka zaman internet burung hantu dulu..
sis dah download banyak citer yang sis suke..
tapi IT tercicir..until baru2 ni..sis dapat simptom mendownload balik..
and sis teringat untuk mendownload citer ni..
dipendekkan citer..sis baru je dapat citer IT (1990) ni dalam dua tiga minggu lepas.

masa tu tak tau pun IT Remake ni nak keluar..selesai sis tonton citer 1990 tu..
citer IT Remake pun keluar..
so sis pun semangat la ke wayang untuk menonton apa perbezaan dari citer lama dan baru..
1990 - 2017..mestilah ada perubahan kan...
teknologi pun makin canggih..
so mesti lagi hebat...

so tadi sis check in untuk menonton wayang di wayang berdekatan rumah sis..
BREM MALL je..situ senang..tak ramai..kalau datang 5 minit before tayangan bermula pun masih ada tempat kosong lagi..dont worry..
so sis datang dengan penuh excitednya nak mencari ciri2 IT 1990 yg ada dalam IT 2017...

sis berani bagi 5 bintang..sebab sis memang berpuas hati..
mungkin sedikit berbeza dari IT yang lama..but masih berpuas hati sebab lebih detail..

ok here goes the spoiler / review dari sis...



cerita IT yang sis download ni berdurasi 3jam..
actually dia mini series dekat tv masa 1990 dulu..
not even movie yang masuk wayang... so dia cam sejam setengah and ada sambungan gitu...

IT lama berkisar sekitar tahun 1960...
budak2 ni masih kecil dan bandar mereka dilanda peristiwa ngeri...
seorang demi seorang budak akan hilang/mati pada musim panas...
cerita IT pertama ni lebih kepada cerita dari masa semasa...
dan diselitkan dengan flashback ke masa lampau di masa mereka masih kanak-kanak.
dalam cerita IT ni, ada 7 orang kanak-kanak yang duduk dalam satu bandar bernama Derry.

cerita IT 1990 ni mengisahkan tentang PENNYWISE THE DANCING CLOWN.
clown ni akan mendatangi kanak-kanak dengan bayangan yang paling menakutkan mereka.
semakin kanak-kanak takut dengan Pennywise..Pennywise akan bertambah kuat...
dan seterusnya akan memakan soul kanak-kanak ini...

kisah bermula dengan Bill, seorang kanak-kanak yang kehilangan adiknya yang dibiarkan bermain seorang diri ketika hujan. ketika itu dia sedang demam dan tak dapat menemani adiknya.
mayat adiknya ditemui dan dia rasa bersalah kerana melepaskan adiknya pergi bermain seorang diri...
bermula dari itu Bill Denbrough selalu diganggu dengan bayangan yang adiknya masih hidup..

kawan baik Bill bernama Eddie Kaspbrak, seorang budak lelaki yang menghidap asthma.
Eddie di ganggu ketika dia di dalam bilik mandi awam selepas dia menghabiskan latihan sukannya.
takde apa yang menyeramkan sangat...tapi Eddie masih terkesan dengan perkara yang dilaluinya kerana Pennywise keluar dari saluran longkang...

seorang pelajar baru di sekolah mereka bernama Ben Hanscom.
Ben bertemu Eddie dan Bill ketika dia baru pulang dari di buli oleh pembuli sekolah mereka.
Ben terjatuh dari tebing tinggi dan menyorok di dalam salur longkang yang ada.
selepas pembuli beredar, barulah Ben keluar dari tempat menyorok dan berjumpa Eddie dan Bill yang sedang melepak di sungai berdekatan. sejak itu mereka menjadi kawan rapat.
Pennywise mendekati Ben dengan bayangan bapa Ben yang telah meninggal dunia di medan perang.
selepas seketika, bapa Ben bertukar menjadi kepada Pennywise yang menyeramkan dan memegang belon. tetapi Ben bijak untuk tidak mendekati Pennywise yang menyamar.

satu-satunya kawan perempuan dalam kumpulan mereka adalah Beverly Marsh.
Beverly membesar dengan seorang bapa yang suka menderanya.
Beverly di ganggu bila dia berseorangan di dalam bilik air...
tiba-tiba sinki di dalam bilik air itu mengeluarkan darah yang banyak dan meletup di muka Beverly.
ketika itu Pennywise keluar dari sinki itu dan mengajak Beverly untuk menyertainya.
Beverly menjerit dan memanggil bapanya namun bapanya seakan tidak dapat melihat darah yang melimpah2 di dalam bilik air itu...Pennywise juga sudah tiada di dalam sinki itu.

dua pelajar yang berkawan baik bernama Richie Tozier dan Stanley Uris berkawan dengan Bill, Eddie dan Ben... Richie dan Stanley berkawan dengan mereka setelah mereka juga diganggu Pennywise the Clown. Richie di ganggu ketika dia turun ke bilik bawah tanah sekolah mereka
dan diganggu dengan jelmaan Serigala Jadian yang menjadi ketakutan pada Richie. Stanley pula diganggu ketika dia sedang melepak di taman dan tiba-tiba mendengar namanya dipanggil ke sebuah rumah agam di taman itu. Stanley mendekati rumah itu dan secara tiba-tiba pintu ditutup dan turun hantu Mummy dari atas rumah. Stanley yang ketakutan menutup mata dan berjaya membuka pintu rumah itu dan berlari keluar.


untuk melengkapkan 7 orang sekawan ini, muncullah Mike Hanlon, seorang pelajar kulit hitam yang tidak dapat diterima di sekolah itu kerana warna kulitnya.
satu hari ketika Mike sedang pulang dari sekolah, sekumpulan pembuli mengepung dan membuli Mike kerana warna kulitnya. mereka ingin merampas buku sejarah Derry yang telah Mike buat. tetapi Mike berjaya melarikan diri. ketika itu, Mike berjumpa dengan Bill,Eddie,Beverly,Ben,Richie dan Stanley yang sedang melepak di kuari di bandar Derry itu. mereka berbual dan Mike menceritakan sejarah bandar Derry yang telah dikajinya. ketika itu mereka perasan yang didalam setiap peristiwa besar yang terjadi di bandar itu, adanya gambar Pennywise the Dancing Clown.
disitu mereka mula berkongsi cerita dan berfikir bagaimana untuk menewaskan Pennywise.

dipendekkan cerita..mereka berkumpul dan masuk ke dalam saluran pembentung di bandar itu untuk mencari Pennywise. mereka berjaya membunuh Pennywise untuk kali ini apabila Beverly berjaya melastik kepala Pennywise dengan batu silver. Pennywise terluka di bahagian kepala dan melarikan diri ke dalam saluran pembentung yang ada didalam itu. 7 rakan itu tahu yang Pennywise tidak betul2 mati. maka mereka berjanji untuk pulang kembali ke Derry andai kata Pennywise kembali lagi.

so camtula basically sinopsis citer ni..amboi..sinopsis apenya...cam dh citer full je..
tak..ada lagi..dia ada part 2 lepas kanak2 ni dah dewasa dan kembali semula ke bandar Derry ni.
tapi sis simpanla part tu...sebab wayang pun baru keluar IT Chapter 1 kan...
nanti dah keluar IT chapter 2 baru sis sambung balik..sebab nak tengok kelainan..
kalau ikutkan memang cerita asalnya menceritakan dari zaman diorang dah dewasa...dan di flashback ke zaman kanak-kanak..tapi sokay..sis citer yang zaman kanak-kanak dulu..nanti IT Chapter 2 dah keluar baru sis compare kan pulak ke cerita pertama..

so sesiapa yang menonton citer ni lehla compare kan dengan review sis pasal citer lama..
citer lama tu pun sis dah upload dalam Google Drive sis..sapa nak leh pm bg gmail..nnt sis sharekan..
boleh tengok sekali cerita lama...

oklah..sampai sini dulu review sis...
panjang gak sis membebel kali ni...


Thanks Love
NRaifanaMR

Sep 8, 2017

Green Eye Monster





biasa dengar quote ni?
apa itu green eye monster?
as usual..sebab selalu sangat tengok cerita bersiri omputih..
sis pun memang suke sangat dengan quote/atau bahasa kiasan diorang..

bahasa kiasan yang orang putih ni guna usually more cynical dari orang melayu punya peribahasa.
cynical ni means lebih menusuk ke dalam hati...




sis pernah dengar satu quote dari series Desperate Housewives.
Season 5 episode 4 ke 5..
tajuk episode tu is Back to Business..
macam Grey Anatomy, sis minat series ni sebab dia ada narrator utk setiap episode..
narrator tu akan narrate anything benda-benda yang akan berkisar dengan episod yang dimainkan tu..
macam jugak episode lain, episode ni bermula dengan scene..
kawan2 Bree ni datang rumah dia. sebab Bree ni baru kuar satu cookbook and jadi caterer berjaya.
so the quote goes like below:

"If you look closely into the faces of you friends.
You will see it.
Right behind their smile you will see a certain green eye monster...
And then you'll understand how envious they are of your well kept home ,
Your delicious recipe and your tasteful possession.
But you have to work hard to see the jealousy..
Because good friend always work hard to hide it.."

so theres the quote..
dapat tangkap tak green eyed monster ni apa?
dapat tak kawan-kawan2?

BETUL...

Green Eyed Monster itu adalah jealousy..
tak tahu macam mana relatednya green eyed monster tu kepada cemburu..
tapi itulah maknanya..
kira ayat ni macam kiasan la dalam melayu..
macam peribahasa2 melayu yang kita ada..
mendengar guruh di langit..air di tempayan dicurahkan..
macam tu la...dia ada kiasan dia..

same goes with Green Eyed Monster ni..
kecemburuan..
ramai yang tak sedar diorang ada masalah ni..
tapi ramai yang menghidapinya..
cemburu pada benda yang tak perlu pun nak dicemburukan..

masing-masing ada rezeki tersendiri...
kenapa nak cemburu dengan rezeki dan kelebihan orang lain?
pelik kan?
tapi itulah manusia..
sudah diciptakan manusia itu sifatnya buruknya lebih banyak dari sifat yang baik...
manusia itu tidak sempurna...

so clear tak dengan Green Eye Monster ni?
sis malas nak panjang lebar..kenapa sis pilih topik ni..
sebab sis baru kena..and jealous nya bukan sikit2..
memang nampak jelas...
takleh nak sorok dah...
sis pun pelik kenapa nak rasa camtu dengan sis...

ibarat langit dan bumi...
dia lebih bertuah dan beruntung..
banyak bezanya..sedikit pun sis takde rasa cemburu padanya..
tapi mungkin dia tak berapa suka dengan sis..
so dia takleh terima apa sis buat..

takpela..memang dalam hidup ni...
takkan semua orang suka kita..
kita pun tak juga mampu suka pada semua orang..
ada juga orang2 yang kita tak mampu nak suke..
hehehe...

apa pun terjadi...sis tabah dan kuat untuk menghadapi semua ni...
inshaallah...

Thanks Love for Reading my Little Babbling..
NRaifanaMR...

Sep 6, 2017

IDEA...IDEA...IDEA...





IDEA IDEA IDEA...

apa yang patut ditulis untuk tahun 2017 ni..
tapi tahun pun dah nak habis..
so takpela..sempena start lambat ni..
ai ingat nak buat review pasal all the series yang ai follow.

boleh dikatakan series-series yang quite big masa ai membesar dulu...
mungkin ada peminat tegar series ni..
mungkin juga takde..
sebab tak ramai yang ada minat pada cerita berseries ni..
sebab malam nak follow..

kalau movie...spent 2 jam dah habis citer..
tp ai lain..kalau series mat salleh..boleh kata ai KIPAS SUSAH MATI...
tapi kalau Melayu tu ada kureng sket...
ai memang suke citer series orang putih ni..

bawah list series drama yg ai follow dari dulu smpai habis citer...
tak ikut tahunla ye...ai tulis mana ai ingat je..
ikut rating i la..most to least favorite ai..hehehehe

GREY ANATOMY (2005-CURRENT) ongoing to 14 season..aku tulis ni as at 2017.


DESPERATE HOUSEWIFE (2004-2012) 8 season


UGLY BETTY (2006-2010) 4 season

GHOST WHISPERER (2005-2010) 5 season

DROP DEAD DIVA (2009-2014) 6 season

HEROES (2006-2010) 4 Season

DEVIOUS MAID (2013-2016) 4 Season

MISTRESS US (2013-2016) 4 Season


ok tu dulu yang dah ada dalam Hardisk aku...
banyak sebenarnya yang aku minat...
now on the way nak download citer di bawah ni..

SEX AND THE CITY..


CHARMED



tp slow2 la dlu..sebab data pun tak murah..
dulu aku bantai ada semua series sebab ada internet burung hantu..
unlimited hispeed internet...
memang laju..memang tiap2 malam ai bantai download berpuluh gig..
sebab tu gamaknya celcom cancel terus promo tu..
takde dah unlimited...
fix 10g je sebulan..
rugi diorang ai buat..hahahahaha...

okla...so ai rasa untuk penutup 2017 ni ai nak buat review semua series2 ni..
doakan ai berjaya..
satu harini je dah dua post ai tulis..
takut setakat sini jela...
hehehe...
hopefully note..
finger cross guys...

Thanks Love
NRaifanaMR


2017 already???

ya ampun...bersawang blog sis ni.memangla..
sis memang suka sangat update setahun sekali..
its not easy...
yes...writing is my passion...
tapi memang takde masa...
bila masa ada..kadang2 idea pulak takde..

its not easy to write these day...
dengan semua komitmen dan tugas harian yang ada...memang susah nak commit untuk menulis.
tapi memang impian sis untuk satu hari nanti..
menulis dengan jayanya.

sis suka cerita2 macam Ugly Betty, Sex and the City...
dua series ni memang base on orang yang suka menulis.

mehla buat sinopsis sikit.

UGLY BETTY.
series ni pasal seorang perempuan yang tak berapa attractive tapi dapat bekerja dengan most eligible bachelor dekat New York.
she is not attractive at all.
dengan rambut kerinting besar and braces. not everyone can accept her..
lagi2 bila dia masuk bekerja dengan dunia yang penuh dengan glamor dan skinny model.
so not fit.

lepas dia habis Uni dia...dia apply kerja as a journalist dekat all the magazine yang ada..
and as expected sebab appearance dia...dia tak dapat the job..until one day...
big boss publishing company yang dia bakal bekerja ni nampak dia..
and feel sorry for her sebab di reject bulat2 based on appearance..
tapi..dia tak dapat pun jadi journalist...
big boss company ni lantik anak dia jadi editor in chief untuk majalan modeling yang dia ada...
anak dia playboy sangat so semua assistant yang di ambil bekerja memang stock model2 je..

so to make sure anak dia kembali ke jalan yang benar..
dia hire betty utk bekerja dengan anak dia..
sebab dia rasa anak dia takkan tertarik dengan perempuan macam betty.
but betty tak mengaku kalah. walaupun dimalukan pada hari pertama bekerja..
betty tetap kuat..dan akhirnya..dalam mencapai cita2 dia menjadi seorang journalist...
dia berjaya menjadi editor in chief di akhir rancangan..

SEX AND THE CITY
citer ni memang taboo sikit..
sis dah bsau ni baru sis dapat tengok citer ni full..
patutla mak sis tak bagi sis tgk citer ni dlu..
memang open sangat2..hampir2 kepada blue..
tapi tak sampai situ...
nasib baik sis dah dewasa dan berkahwin..
takdela pelik sangat scene2 gini..kalau masa anak dara dulu..
scene kissing pun sis rasa jelik..hahaha

okay2...keluar dari storyline lak...
sex and the city ni pun sis suka..
suka tengok Carrie Bradshaw tu jadi penulis dan popular.
penulisan dia bersahaja je..
sebab dia tulis about everyday live.
kalau la sis boleh menulis macam tu kan...
relax dan bersahaja...
kena banyak belajar lagi..

actually sis takleh review habis citer ni..
sebab baru je download smpai season 3 and baru je tgk season 1...
nanti2 sis update plak ape bestnye citer ni...

ok..tu jela..introduction untuk 2017 ni..doakanlah sis rajin menulis dan mencapai cita2 sis ye..
finger cross


Thanks Love
NRaifanaMR