Sep 17, 2017

Black Day for Malaysia..

hari ini 17hb September 2017...
beberapa hari lalu..
pada tanggal 14 September, berlaku satu peristiwa hitam..
yang mana sis tengok akan terpahat dalam salah satu lipatan sejarah terbesar untuk Malaysia untuk tahun 2017 ini...
Maahad Tahfiz Darul Ittifaqiyah...
sedang sis menjalani kehidupan seperti biasa..
pergi kerja dan menjalankan tugas-tugas rutin sis seperti biasa..
sis dikejutkan dengan berita sebuah maahad terbakar pada tengah malam dan mengorbankan 21 orang pada waktu itu...

honestly sis cakap...sis masa tu ambil kisah tak kisah tentang benda ni..
because fikir..another burning maahad...
bukan tak pernah dengar cerita ni sebelum ni..
tapi malam tu sis balik dan menonton televisyen..sis bagai digoncang bangun dari tidur...
dan tersentak apabila membaca surat terakhir dari salah seorang pelajar untuk ibu nya..
ketika itu baru sis kembali ke dunia realiti..
this is big...bukan benda kecil lagi..bukan seperti kes-kes terbakar yang lepas.
ini melibatkan nyawa...bukan satu bukan dua..
tapi sehingga 21 nyawa...ini nombor yang diumumkan pada ketika itu.

sis masih lagi okay...sis sedar this is big..but masih tidak terasa apa-apa..
sehinggalah pada keesokan harinya. dipejabat sis...setiap hari jumaat, kami akan membuat bacaan yaasin di waktu rehat 2jam...memang sis diberitahu yang kami akan membaca yaasin dan menyedekahkan bacaan itu pada kanak-kanak malang yang mati syahid di dalam kebakaran maahad tahfiz itu..

tapi seperti biasa..sis baca yaasin seperti biasa tanpa apa-apa rasa di hati..
tapi hari itu..bila sis diminta membaca doa selepas yaasin mengikut buku yaasin yang ada...
pada awalnya sis baca dengan tenang dan bersahaja..tapi tiba-tiba sis bagai dilanda satu perasaan yang tak dapat sis bayangkan..di akhir ayat doa itu sis ingat lagi ayatnya..

2 kali ulang dalam doa tu...
Ya Allah yang melepaskan dukacita..lepaskanlah..
Ya allah yang melepaskan dukacita..lepaskanlah...


terus datang satu rasa yang tak dapat sis bayangkan...
empangan air mata sis terus pecah dan sis menangis..
bukan menangis yang sedikit2..
sis terus jadi tersedu-sedu sebab membayangkan keadaan pelajar-pelajar tahfiz yang terbakar.
kawan-kawan sis pun terkejut...sebab sis agak pandai menyorokkan perasaan dalam apa juga keadaan..
kadang-kadang orang ingat sis ni heartless...tapi time tu..memang sis menangis teruk..
terus tak boleh sambung baca doa..tapi sis habiskan juga sebab tinggal sikit je lagi..
lepas habis je baca doa..sis terus sambung nangis sambil minta maaf dengan kawan-kawan sebab tak dapat kawal dan membuatkan dorang menangis sekali.

Ya Allah..time tu sis rasa..kenapa sebegini hebat Allah turunkan rasa begitu di hati sis...
masa sis tengah tulis ni pun sis menangis sampai suami sis tnya...kenapa..
sis jawab sis tengah tulis blog..automatically dia tahu yang sis sedang menulis tentang maahad tahfiz yang terbakar...
sebab dia dah tau..sis akan menangis setiap kali teringat benda yang jadi..
begitu lemahnya hati sis rupanya.

by hari jumaat, disahkan bahawa total 23 orang yang meninggal di dalam kebakaran itu..
ya Allah..ramainya yang dijemput pulang untuk mengahadapmu...
begitu rindu dan sayang nya Allah pada hamba-hambanya yang hampir setiap hari dan setiap saat mempelajari tentang agamanya..
syahidlah mereka dan ditempat orang-orang yang beriman.

by sabtu tersebarnya video rakaman cctv yang menunjukkan ada orang yang menceroboh pusat tahfiz tu...time tu sis dah timbul rasa marah..dengan rasa amarah yang ada..sis fikir..kalau ada lah orang yang mengkhianat dan membuatkan 23 nyawa melayang...sis memang tak fikirkan hukuman yang ringan untuk mereka.

by sabtu malam jugak..terbongkar yang seramai 7 orang pelajar yang khayal di bawah pengaruh dadah membakar pusat tahfiz itu..tidak dapat sis bayangkan ape perasaan sis..
sis tau..ramai yang memberi komen dan karangan yang panjang di fb untuk perkara ni..
sis tak berani nak lontarkan apa-apa pandangan..sebab sis belum ada anak..
dan belum tentu bakal anak sis akan jadi anak yang baik.
sis tidak mahu menuding jari..siapa yang perlu dipersalahkan...

cuma sis memang terkejut kerana seawal usia 11 tahun sudah terlibat dengan benda2 begini.
masa sis 11 tahun dadah pun sis tak faham apa benda..
ya Allah..jauhkanlah keluargaku dan diriku dari sebarang keburukan di muka bumi ini...

semoga kejadian ini memberi satu kesedaran baru untuk kita rakyat malaysia dan ibu bapa yang ada di masa kini. kembalikan semula zaman di mana cikgu boleh menegur anak murid..
di mana ibu bapa tidak akan marah pada cikgu yang ingin membentuk anak mereka..
di mana cikgu boleh mengajar anak-anak mereka tanpa ada rasa takut di saman...
di mana ibu bapa boleh memukul anak tanpa aktivis kanak-kanak mengecam mereka..
kerana bagaimana anak-anak dibentuk adalah dari ibu bapanya..
melentur buluh biar dari rebungnya..
jika rebung dan keras dan menjadi buluh..tiada guna lagi untuk dilentur..
hanya meriam buluh yang boleh dijadikan...

IT TAKES A NATION TO RAISE A KID...

Alfatihah untuk mangsa kejadian..semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang beriman dan di tempatkan di syurga firdausi tertinggi.

Thanks Love
NRaifanaMR

No comments: