Sep 12, 2017

IT CHAPTER I (The remake)



okay..sis tengah excited sebab baru balik dari menonton filem smash hit terbaru di pawagam..
IT...
pada ramai yang tak tahu. lagi2 untuk mereka yang lahir ala2 sis..
tahun 1989... IT ni pernah dikeluarkan pada tahun 1990..
so faham-faham jela..sis tak sampai dua tahun pun time tu..
memang tak tau citer ni..

bila sis dah besar...sis suka cari cerita2 seram lama yang box office and high rated.
IT adalah salah satu darinya..
honestly...sis cari IT ni dah lama..
dari sis sekolah menengah..
tapi tak pernah ada source untuk sis beli or download..
bila sis dah berkecimpung dalam dunia download...sis lupa pulak nak download citer ni..
masa zaman sis giler mendownload aka zaman internet burung hantu dulu..
sis dah download banyak citer yang sis suke..
tapi IT tercicir..until baru2 ni..sis dapat simptom mendownload balik..
and sis teringat untuk mendownload citer ni..
dipendekkan citer..sis baru je dapat citer IT (1990) ni dalam dua tiga minggu lepas.

masa tu tak tau pun IT Remake ni nak keluar..selesai sis tonton citer 1990 tu..
citer IT Remake pun keluar..
so sis pun semangat la ke wayang untuk menonton apa perbezaan dari citer lama dan baru..
1990 - 2017..mestilah ada perubahan kan...
teknologi pun makin canggih..
so mesti lagi hebat...

so tadi sis check in untuk menonton wayang di wayang berdekatan rumah sis..
BREM MALL je..situ senang..tak ramai..kalau datang 5 minit before tayangan bermula pun masih ada tempat kosong lagi..dont worry..
so sis datang dengan penuh excitednya nak mencari ciri2 IT 1990 yg ada dalam IT 2017...

sis berani bagi 5 bintang..sebab sis memang berpuas hati..
mungkin sedikit berbeza dari IT yang lama..but masih berpuas hati sebab lebih detail..

ok here goes the spoiler / review dari sis...



cerita IT yang sis download ni berdurasi 3jam..
actually dia mini series dekat tv masa 1990 dulu..
not even movie yang masuk wayang... so dia cam sejam setengah and ada sambungan gitu...

IT lama berkisar sekitar tahun 1960...
budak2 ni masih kecil dan bandar mereka dilanda peristiwa ngeri...
seorang demi seorang budak akan hilang/mati pada musim panas...
cerita IT pertama ni lebih kepada cerita dari masa semasa...
dan diselitkan dengan flashback ke masa lampau di masa mereka masih kanak-kanak.
dalam cerita IT ni, ada 7 orang kanak-kanak yang duduk dalam satu bandar bernama Derry.

cerita IT 1990 ni mengisahkan tentang PENNYWISE THE DANCING CLOWN.
clown ni akan mendatangi kanak-kanak dengan bayangan yang paling menakutkan mereka.
semakin kanak-kanak takut dengan Pennywise..Pennywise akan bertambah kuat...
dan seterusnya akan memakan soul kanak-kanak ini...

kisah bermula dengan Bill, seorang kanak-kanak yang kehilangan adiknya yang dibiarkan bermain seorang diri ketika hujan. ketika itu dia sedang demam dan tak dapat menemani adiknya.
mayat adiknya ditemui dan dia rasa bersalah kerana melepaskan adiknya pergi bermain seorang diri...
bermula dari itu Bill Denbrough selalu diganggu dengan bayangan yang adiknya masih hidup..

kawan baik Bill bernama Eddie Kaspbrak, seorang budak lelaki yang menghidap asthma.
Eddie di ganggu ketika dia di dalam bilik mandi awam selepas dia menghabiskan latihan sukannya.
takde apa yang menyeramkan sangat...tapi Eddie masih terkesan dengan perkara yang dilaluinya kerana Pennywise keluar dari saluran longkang...

seorang pelajar baru di sekolah mereka bernama Ben Hanscom.
Ben bertemu Eddie dan Bill ketika dia baru pulang dari di buli oleh pembuli sekolah mereka.
Ben terjatuh dari tebing tinggi dan menyorok di dalam salur longkang yang ada.
selepas pembuli beredar, barulah Ben keluar dari tempat menyorok dan berjumpa Eddie dan Bill yang sedang melepak di sungai berdekatan. sejak itu mereka menjadi kawan rapat.
Pennywise mendekati Ben dengan bayangan bapa Ben yang telah meninggal dunia di medan perang.
selepas seketika, bapa Ben bertukar menjadi kepada Pennywise yang menyeramkan dan memegang belon. tetapi Ben bijak untuk tidak mendekati Pennywise yang menyamar.

satu-satunya kawan perempuan dalam kumpulan mereka adalah Beverly Marsh.
Beverly membesar dengan seorang bapa yang suka menderanya.
Beverly di ganggu bila dia berseorangan di dalam bilik air...
tiba-tiba sinki di dalam bilik air itu mengeluarkan darah yang banyak dan meletup di muka Beverly.
ketika itu Pennywise keluar dari sinki itu dan mengajak Beverly untuk menyertainya.
Beverly menjerit dan memanggil bapanya namun bapanya seakan tidak dapat melihat darah yang melimpah2 di dalam bilik air itu...Pennywise juga sudah tiada di dalam sinki itu.

dua pelajar yang berkawan baik bernama Richie Tozier dan Stanley Uris berkawan dengan Bill, Eddie dan Ben... Richie dan Stanley berkawan dengan mereka setelah mereka juga diganggu Pennywise the Clown. Richie di ganggu ketika dia turun ke bilik bawah tanah sekolah mereka
dan diganggu dengan jelmaan Serigala Jadian yang menjadi ketakutan pada Richie. Stanley pula diganggu ketika dia sedang melepak di taman dan tiba-tiba mendengar namanya dipanggil ke sebuah rumah agam di taman itu. Stanley mendekati rumah itu dan secara tiba-tiba pintu ditutup dan turun hantu Mummy dari atas rumah. Stanley yang ketakutan menutup mata dan berjaya membuka pintu rumah itu dan berlari keluar.


untuk melengkapkan 7 orang sekawan ini, muncullah Mike Hanlon, seorang pelajar kulit hitam yang tidak dapat diterima di sekolah itu kerana warna kulitnya.
satu hari ketika Mike sedang pulang dari sekolah, sekumpulan pembuli mengepung dan membuli Mike kerana warna kulitnya. mereka ingin merampas buku sejarah Derry yang telah Mike buat. tetapi Mike berjaya melarikan diri. ketika itu, Mike berjumpa dengan Bill,Eddie,Beverly,Ben,Richie dan Stanley yang sedang melepak di kuari di bandar Derry itu. mereka berbual dan Mike menceritakan sejarah bandar Derry yang telah dikajinya. ketika itu mereka perasan yang didalam setiap peristiwa besar yang terjadi di bandar itu, adanya gambar Pennywise the Dancing Clown.
disitu mereka mula berkongsi cerita dan berfikir bagaimana untuk menewaskan Pennywise.

dipendekkan cerita..mereka berkumpul dan masuk ke dalam saluran pembentung di bandar itu untuk mencari Pennywise. mereka berjaya membunuh Pennywise untuk kali ini apabila Beverly berjaya melastik kepala Pennywise dengan batu silver. Pennywise terluka di bahagian kepala dan melarikan diri ke dalam saluran pembentung yang ada didalam itu. 7 rakan itu tahu yang Pennywise tidak betul2 mati. maka mereka berjanji untuk pulang kembali ke Derry andai kata Pennywise kembali lagi.

so camtula basically sinopsis citer ni..amboi..sinopsis apenya...cam dh citer full je..
tak..ada lagi..dia ada part 2 lepas kanak2 ni dah dewasa dan kembali semula ke bandar Derry ni.
tapi sis simpanla part tu...sebab wayang pun baru keluar IT Chapter 1 kan...
nanti dah keluar IT chapter 2 baru sis sambung balik..sebab nak tengok kelainan..
kalau ikutkan memang cerita asalnya menceritakan dari zaman diorang dah dewasa...dan di flashback ke zaman kanak-kanak..tapi sokay..sis citer yang zaman kanak-kanak dulu..nanti IT Chapter 2 dah keluar baru sis compare kan pulak ke cerita pertama..

so sesiapa yang menonton citer ni lehla compare kan dengan review sis pasal citer lama..
citer lama tu pun sis dah upload dalam Google Drive sis..sapa nak leh pm bg gmail..nnt sis sharekan..
boleh tengok sekali cerita lama...

oklah..sampai sini dulu review sis...
panjang gak sis membebel kali ni...


Thanks Love
NRaifanaMR

No comments: