Oct 9, 2017

ZURIAT

tajuk yang aku pilih kali ni agak sensitif..
siapa tak nak zuriat? tolong bagitahu aku....
sesiapa yang pilih untuk tak nak anak..aku respect pilihan diorang..
tapi aku seperti manusia biasa yang dilahirkan dengan naluri keibuan...
mestilah aku inginkan zuriat aku sendiri...

tajuk ini sangat sensitif.
because I know there are so many woman out there struggling to get pregnant..
sebagai perempuan, semestinya kita membesar dan
merasakan kita mempunyai dalaman yang sempurna.
tapi berapa ramai wanita yang menjalankan ujian kesihatan tahunan mereka?
tidak ramai wanita yang tahu masalah dalaman mereka sehinggalah mereka berkahwin dan mencuba untuk mendapatkan zuriat....

yes...antara 100 wanita mungkin 10 orang mempunyai masalah ini..
90 orang darinya tidak mempunyai masalah ini dan dapat mengandung sejurus selepas berkahwin.
tapi tidak semuanya bernasib baik begini...
aku diantara 10 yang kurang bernasib baik..

memasuki tahun ke empat aku berkahwin,
masih tiada tanda untuk aku mendapat zuriatku sendiri.
tapi aku tidak cepat melatah dan mengeluh..
kerana aku tahu ini mungkin ujian yang Allah berikan kepadaku untuk melihat sejauh mana tabahnya aku menghadapi dugaan ini...

aku bukanlah mandul, cuma rahimku tidak kuat...
pada awal perkahwinanku, hormon ku menjadi tidak seimbang.
mungkin terkejut dengan kehadiran hormon suamiku...
aku menjadi seorang wanita yang tidak menerima kehadiran haid daripada seorang wanita yang tidak pernah ketinggalan kedatangan haid.
berbulan-bulan lamanya aku begini. hampir setahun aku mengalami ketidakhadiran haid..
sehinggalah aku berjumpa doktor, dan doktor menyatakan yang aku normal.
mungkin hormon masih membiasakan diri...

tepat 11bulan aku berkahwin...aku didatangi haid...
dan sebulan selepas itu aku disahkan mengandung 5 minggu..
alangkah gembiranya aku ditika itu..
tapi malangnya..rezeki ku tidak bertahan lama..
disebabkan keadaan rahim yang tidak kuat..aku keguguran di 12 minggu usia kandunganku..

aku akui, ketika itu aku sedikit murung dan bersedih...
tapi sudah dianugerahkan kepada diriku ini..
aku tak pandai berpegang pada kenangan luka..
jadi aku move on dan teruskan hidup ku seperti biasa...
selepas keguguran itu..aku mempunyai haid yang normal dan sharp setiap bulan..
tapi peliknya...aku masih tidak dapat mengandung hingga kini...

tapi aku tak pandang ke belakang..
aku tau aku perlu terus ke hadapan..
orang kata sunyi tanpa anak ni..memang sunyi...
tapi aku dikurniakan suami yang amat penyayang...
hidupku tak pernah kosong dengannya..
penuh dengan cinta dan kasih sayangnya untuk ku...

kadang-kadang aku terfikir...
ada yang dikurniakan anak dengan cepat...
tapi kemudian mengomel yang suaminya lebihkan anaknya...
aku di dalam situasi yang mungkin aku tidak mempunyai zuriat..
tapi aku mendapat kasih sayang suami..

aku hargai setiap detik ini..
betul juga kata suamiku. mungkin kami belum cukup bersedia untuk menerima rezeki anak...
Allah mengetahui segalanya...
kami yakin yg bila tiba masa dan ketika nya..
rezeki itu akan tiba dengan sendirinya.
InshaAllah...

so to all struggling gal out there..
don't worry...be happy..live your life..
be happy with your love one...
enjoy your life..
the rezeki will come when it comes...
until then, keep smiling....

Thanks Love
NRaifanaMR

No comments: