baru-baru ni,
aku dan peminat seni tanah air mendapat berita gembira dari
artis kesayangan kami iaitu SITI NURHALIZA TARUDDIN...
akhirnya selepas 11 tahun lamanya menunggu.
siti disahkan mengandung 4 bulan...
aku memang tunggu berita ni dari awal kehilangan siti haritu..
hati ku kuat mengatakan yang siti mengandung..
alhamdulillah..masin mulut aku...
masa LIVE yang di buat oleh Siti haritu..
aku tak malu nak ngaku aku menangis..
sebab walaupun siti tak kenal aku..tapi sebab aku memang follow dia dari awal kemunculan dia..
bonding tu datang dengan sendirinya...
boleh tanya semua kipas susah mati dia..memang rasa sama macam aku...
posting pasal ZURIAT yang pertama..
aku tulis seminggu atau dua tiga hari sebelum Siti umumkan beritanya..
kalau tak mesti aku akan tulis dari perspektif berbeza..
tulisan aku dalam ZURIAT pertama adalah sekadar pendangan biasa..
tapi aku tulis semula...sebab aku pandang tajuk ni dari satu perspektif baru..
seperti yang aku tulis haritu...
tak ramai antara kita wanita yang tahu kita ada masalah dalaman sehinggalah kita berkahwin..
siapa kata nak dapat anak tu senang?
jika anda dalam golongan yang senang..tolong jangan compare dengan mereka dari golongan yang perlu berusaha lebih sedikit untuk mengandung..
kadang-kadang kita sebagai manusia..macam senang je mulut berkata2..
kalau senang mengandung tu...sering mengguris hati mereka yang sukar untuk mengandung..
tak kira lah dari segi apa pun benda yang mengguris itu..
ia tetap mengguris hati..
sepanjang aku melalui fasa ini..bermacam mulut longkang telah aku jumpai..
mula-mula aku angguk..iyakan...dengarkan..
tapi selepas aku mula menjadi agak agresif dan membantai mereka yang sibuk dengan soalan ini..
barulah mereka diam sedikit..
bukan sombong ye...tetapi tolonglah...kalau tak lalui sendiri benda ni..tak mungkin tahu apa kami lalui...
ada yang sibuk memberi petua itu ini..
cara bersama suami la..
suruh turunkan berat badanla..
bermacam2 aku dah dengar...
lihat saja pada kisah siti..11 tahun berusaha dengan pelbagai cara...
berapa kali keguguran sebelum diberikan rezeki ini...
orang hanya tahu berkata-kata...
mengutuk dan memberi komen...
tapi takde siapa tahu apa yang siti lalui sendiri..
terpaksa tersenyum melayan peminat yang tak putus mendoakan..
tapi dalam masa yang sama terpaksa juga senyum melayan
haters yang tak habis-habis mengutuk dan mengeji...
tak mudah untuk melalui semua itu...
ada juga orang-orang yang dari golongan kami ini..
selepas dia diberikan rezeki anak ini..
seperti dia tak pernah melalui benda-benda perit yang dia lalui dulu..
mereka pula menjadi golongan yang kuat memberi pendapat...
yes..we know..you already did it..
but dont let others down...
suruh jumpa doctor itu..doctor ini...
tau..niat sangat baik sebab nak kita pun ada anak cam dia...
tp kau pun pernah lalui ape aku lalui sekarang..kenapa nak jadi orang yang lain..
teruskanlah memberi semangat...
"tak pe..akak dulu cam kau...akak faham ape rai lalui...bersabarlah..inshaallah rezeki rai akan tiba."ayat ni ok lagila nak bg..tp start bg petua semua jadah tu..aku dah penat dengar dah...
semua orang ingat orang yang takde anak ni..
relax...tenang...tak susah hati..
tapi siapa tahu apa kami lalui setiap bulan?
setiap kali haid lewat walaupun sehari..
harapan dah meninggi langit..
setiap kali mual atau tanda mengandung walaupun belum tiba waktu haid..
mengharapkan bulan dilangit turun ke riba....
lepas tu...darah turun seperti biasa..
emosi pasti terganggu.
dengan cramp perut yang dialami..
bercampur pula dengan emosi kecewa kerana tidak mengandung..
its not an easy ride...
kalau aku dalam fasa yang aku tak datang haid lama dulu...
satu perasaan jugak..tp sebab tak datang haid 5-6 bulan lamanya..
jadi harapan tu takdela meninggi sangat...
tapi skang..bila period sharp on time...
bila lewat sehari pun aku boleh emosi dan mengharap setinggi gunung...
tak mudah nak kawal emosi..
lagi-lagi bila tanda-tanda datang haid dan hamil tidak jauh beza..
payudara nyeri...
keletihan..
sembelit..
kelaparan...
haus melampau..
loya dan mual...
tapi akhirnya darah keluar...
seiring keluarnya darah haid...air mata pun keluar bersama...
yap..inilah yang dilalui oleh kami yang period normal..tapi masih tak conceive..
baru-baru ni...kakak senior di sekolah ku dulu kongsikan pengalaman dia conceive baby dia dengan kaedah IUI...
apa itu IUI?..
basically dia macam IVF..but ivf is persenyawaan luar rahim..
IUI is direct insemination..atau dia suntik sperma suami kita direct ke telur kite..
so sperma suami tak perlulah berenang-renang melalui cabaran yang ada...
alhamdulillah senior aku berjaya mendapat zuriat dengan sekali cuba..
aku pun nanti ingin mencuba kaedah ini..InShaAllah...
jika diberi kesempatan...
mengandung itu memang tidak mudah..
aku sendiri dah melaluinya..
tapi aku tak push untuk mengandung..
sebab aku percaya Allah mempunyai hikmah yang terbaik untuk aku...
tidak pernah berhenti yakin kepadanya...
kepada mereka yang tidak pernah lalui apa yang kami lalui..
keep it to yourself...dont judge them who cannot...
you dont know what it feels until you experience it yourself...
kepada mereka yang pernah melalui tetapi dikurniakan rezeki..
dont be a sifu to them who still struggling...
keep giving them spirit to move on and to keep trying...
kepada mereka yang senasib dengan aku mungkin..
dont worry...rezeki will come when Allah izinkan for them to come...
InShaAllah...
Thanks Love
NRaifanaMR
Oct 20, 2017
Oct 13, 2017
Adikku Orang Teristimewa PART 2
ini kisah sambungan dari post Adikku Orang Teristimewa PART 1...
kisah adikku agak panjang.
dan perlu aku kembangkan kisahnya pada beberapa bahagian..
bahagian pertama, adikku dilahirkan sebagai seorang yang normal...
ye...dia seorang yang normal...
dilahirkan sebagai anak yang cukup sifat dan normal..
dibesarkan dan dijaga oleh ibuku..
kami berdua membesar dengan jayanya...
boleh dikatakan kedua-dua kami memang semangat...
lihat saja pada gambar lama kami berdua...
walaupun kami berdua dalam kategori semangat atau gemok..
tapi adikku sedikit berlebihan beratnya dari aku...
disebabkan berat badannya berlebihan itu..
menjelang umur 2tahun setengah, dia sudah mula susah untuk berjalan...
tahun 1993.
itulah tahun keramat segala-galanya berubah..
bermula dengan adikku jatuh sakit secara tiba-tiba..
ibu bapaku membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan..
doktor dan klinik yang biasa kami pergi...
setibanya ibu bapaku di klinik, mereka diberitahu untuk membawa adikku ke hospital untuk rawatan susulan.
keadaan sangat mencemaskan sehingga adikku di bawa ke hospital menaiki Ambulan.
aku kurang pasti dan ingat sama ada aku ada bersama mereka atau tidak..
tapi masih terngiang2 bunyi siren ambulan ketika itu..mungkin aku bersama mereka tapi aku tidak menaiki ambulan dan hanya mengikuti bapaku menaiki kereta kami...
masih terbayang adik ku diusung dari klinik ke dalam van ambulan.
setibanya di hospital kuala lumpur. segalanya berlaku sangat pantas.
memang tiada didalam kotak memori ku..
yang aku ingat adikku diperiksa dan di masukkan ke dalam wad..
bapaku menghantar aku untuk tinggal bersama pakcikku untuk sementara waktu.
di sinilah aku kehilangan adikku...
malam itu malam terakhir aku bersama sahabat baik dan adikku..
dengan takdir Allah..itulah malam terakhir aku melihatnya sebagai adikku yang sihat dan normal..
kerana selepas malam itu..segalanya berubah...
aku menceritakan kisah ini dari sudut pandangan aku..
aku seorang kanak-kanak ketika itu..
aku memang tak mengerti apa yang berlaku...
macam kanak-kanak lain..aku selfish dan teruskan hariku seperti biasa...
yang aku tau..aku dah kehilangan adikku..
tapi aku tak faham ape yang terjadi pada adikku...
yang aku pasti adikku menjadi seorang budak yang tak boleh berjalan lagi..
itu je...period...
aku tak faham apa yang berlaku...
aku tak tau kenapa ia berlaku...
mengambil masa yang lama untuk aku memahami semua ni..
aku melalui hari-hariku seperti biasa...
cuma aku kekurangan adikku dan perhatian ibu bapaku..
aku berdikari seawal itu kerana ibu ku menumpukan perhatian kepada adikku..
mungkin ketika itu aku sedikit marah dan kecewa..
tapi kini setelah dewasa dan matang...
tiada apa yang aku dendamkan..
aku lebih sayangkan ibu bapa dan adikku atas apa yang terjadi...
maaf...aku perlu berhenti di sini dahulu...
air mata yang mengalir membuatkan aku tak mampu berfikir apa yang perlu ditulis...
InshaAllah akan disambung didalam Part ketiga...
Ibrahim Mahmood..
kakak dedicatekan post ini untuk adik..
segala perasaan dan kasih sayang akak pada adik...
how much i love you...
how much i learn to love you..
and how much i experience to love you...
No Matter what happen to you..
Kakak will always love you...
To the moon and back...
Thanks Love
NRaifanaMR
The End PART 2

Oct 12, 2017
Adikku Orang Teristimewa PART 1
dah lama aku nak tulis tajuk ni..
tapi tak jumpa masa yang sesuai..mungkin aku boleh habiskan dalam satu post ni..
atau mungkin juga aku perlu menulis didalam beberapa siri...
Adikku orang teristimewa..
ya..itulah tajuk yang aku pilih...
adik memang seorang yang istimewa..
kenapa dia istimewa?
kerana dia dilahirkan normal..tetapi dugaan yang mendatang membuatkan dia menjadi lumpuh seluruh badan dan tidak lagi normal...
dia menjadi seorang yang istimewa kerana tidak lagi mampu berjalan dan membuat apa-apa dengan sendirinya..
semuanya memerlukan bantuan..
Allah mengurniakan adikku kepada keluarga...
Ibrahim Mahmood nama diberi...
lahir tepat 15 Julai 1991...kehadiran dia melengkapkan keluargaku..
aku anak sulung...dan dia adikku...
membesar bersamanya, banyak kenangan yang dapat dirakam..
tapi seolah-olah Allah menggerakkan hati abahku untuk merakam semuanya..
sebagai menjadi kenangan kerana dia tidak lagi sama selepas kejadian yang menimpanya..
sesungguhnya, Allah yang menggerakan hati hambanya..
masih didalam koleksiku...
penuh video kami ketika kecil..
dengan video itu dapatlah aku melepaskan rindu kepadanya...
adikku dilahirkan normal diusiakan menginjak ke 2 tahun setengah...
dikurniakan adik di ketika usia aku mampu mengorak langkah ku sendiri...
teringat kenangan ketika ibu ku ingin bersalin..
aku mengikut ibu bapaku ke hospital ketika itu..
tapi arwah opah zaiton ku telah memujukku untuk pulang bersamanya....
kerana aku sentiasa inginkan ibu...
aku masih kecil ketika itu..
tapi entah mengapa..Allah selitkan memori itu didalam kotak fikiranku..
segar hingga ke hari ini..bagai baru semalam aku melaluinya...
adikku selamat dilahirkan tepat pada 1.55 petang dengan berat 3.23kg..
sedikit ringan dariku..tapi tetap lahir sebagai bayi yang normal dan sihat...
Alhamdulillah Allah kerana mengurniakan adikku kepada keluarga kami...
lengkaplah keluarga kecil kami...
membesar bersamanya...aku mendapat teman dan sahabat baik..
kakak mana tak sayang adik..
walaupun mungkin aku selalu membulinya..
tapi aku tetap sayangkan dia...
biasalah hubungan adik beradik..kalau tak gaduh tak sah...
kebanyakkan memori ini tiada didalam kotak ingatanku..
tetapi terima kasih kepada ayahku..
dengan video yang dia rakam ketika kami kecil..
aku dapat melihat keletah kami berdua ketika kecil..
we are soulmate..
dia buli aku...aku buli dia...
ahhhhhhhhhhhhhh..how much i miss u my little brother...
membesar dengannya...mengingatkan semula kenangan kami...
aku harap aku mampu putar kembali masa...
tapi segalanya telah ditentukan..
dugaan dan ujian tiba untuk keluarga kecil kami...
ku sudahi dulu kisah ini di sini..
InshaAllah akan ku sambung kisah adikku..
kenapa aku memanggilnya Orang Teristimewa...
IBRAHIM MAHMOOD..
no matter what happen to you..
Kakak will always love you...
Thanks Love
NRaifanaMR
The End PART 1...

Oct 9, 2017
ZURIAT
tajuk yang aku pilih kali ni agak sensitif..
siapa tak nak zuriat? tolong bagitahu aku....
sesiapa yang pilih untuk tak nak anak..aku respect pilihan diorang..
tapi aku seperti manusia biasa yang dilahirkan dengan naluri keibuan...
mestilah aku inginkan zuriat aku sendiri...
tajuk ini sangat sensitif.
because I know there are so many woman out there struggling to get pregnant..
sebagai perempuan, semestinya kita membesar dan
merasakan kita mempunyai dalaman yang sempurna.
tapi berapa ramai wanita yang menjalankan ujian kesihatan tahunan mereka?
tidak ramai wanita yang tahu masalah dalaman mereka sehinggalah mereka berkahwin dan mencuba untuk mendapatkan zuriat....
yes...antara 100 wanita mungkin 10 orang mempunyai masalah ini..
90 orang darinya tidak mempunyai masalah ini dan dapat mengandung sejurus selepas berkahwin.
tapi tidak semuanya bernasib baik begini...
aku diantara 10 yang kurang bernasib baik..
memasuki tahun ke empat aku berkahwin,
masih tiada tanda untuk aku mendapat zuriatku sendiri.
tapi aku tidak cepat melatah dan mengeluh..
kerana aku tahu ini mungkin ujian yang Allah berikan kepadaku untuk melihat sejauh mana tabahnya aku menghadapi dugaan ini...
aku bukanlah mandul, cuma rahimku tidak kuat...
pada awal perkahwinanku, hormon ku menjadi tidak seimbang.
mungkin terkejut dengan kehadiran hormon suamiku...
aku menjadi seorang wanita yang tidak menerima kehadiran haid daripada seorang wanita yang tidak pernah ketinggalan kedatangan haid.
berbulan-bulan lamanya aku begini. hampir setahun aku mengalami ketidakhadiran haid..
sehinggalah aku berjumpa doktor, dan doktor menyatakan yang aku normal.
mungkin hormon masih membiasakan diri...
tepat 11bulan aku berkahwin...aku didatangi haid...
dan sebulan selepas itu aku disahkan mengandung 5 minggu..
alangkah gembiranya aku ditika itu..
tapi malangnya..rezeki ku tidak bertahan lama..
disebabkan keadaan rahim yang tidak kuat..aku keguguran di 12 minggu usia kandunganku..
aku akui, ketika itu aku sedikit murung dan bersedih...
tapi sudah dianugerahkan kepada diriku ini..
aku tak pandai berpegang pada kenangan luka..
jadi aku move on dan teruskan hidup ku seperti biasa...
selepas keguguran itu..aku mempunyai haid yang normal dan sharp setiap bulan..
tapi peliknya...aku masih tidak dapat mengandung hingga kini...
tapi aku tak pandang ke belakang..
aku tau aku perlu terus ke hadapan..
orang kata sunyi tanpa anak ni..memang sunyi...
tapi aku dikurniakan suami yang amat penyayang...
hidupku tak pernah kosong dengannya..
penuh dengan cinta dan kasih sayangnya untuk ku...
kadang-kadang aku terfikir...
ada yang dikurniakan anak dengan cepat...
tapi kemudian mengomel yang suaminya lebihkan anaknya...
aku di dalam situasi yang mungkin aku tidak mempunyai zuriat..
tapi aku mendapat kasih sayang suami..
aku hargai setiap detik ini..
betul juga kata suamiku. mungkin kami belum cukup bersedia untuk menerima rezeki anak...
Allah mengetahui segalanya...
kami yakin yg bila tiba masa dan ketika nya..
rezeki itu akan tiba dengan sendirinya.
InshaAllah...
so to all struggling gal out there..
don't worry...be happy..live your life..
be happy with your love one...
enjoy your life..
the rezeki will come when it comes...
until then, keep smiling....

Subscribe to:
Comments (Atom)