Oct 12, 2017

Adikku Orang Teristimewa PART 1

dah lama aku nak tulis tajuk ni..
tapi tak jumpa masa yang sesuai..mungkin aku boleh habiskan dalam satu post ni..
atau mungkin juga aku perlu menulis didalam beberapa siri...

Adikku orang teristimewa..
ya..itulah tajuk yang aku pilih...
adik memang seorang yang istimewa..
kenapa dia istimewa?
kerana dia dilahirkan normal..tetapi dugaan yang mendatang membuatkan dia menjadi lumpuh seluruh badan dan tidak lagi normal...
dia menjadi seorang yang istimewa kerana tidak lagi mampu berjalan dan membuat apa-apa dengan sendirinya..
semuanya memerlukan bantuan..



Allah mengurniakan adikku kepada keluarga...
Ibrahim Mahmood nama diberi...
lahir tepat 15 Julai 1991...kehadiran dia melengkapkan keluargaku..
aku anak sulung...dan dia adikku...
membesar bersamanya, banyak kenangan yang dapat dirakam..
tapi seolah-olah Allah menggerakkan hati abahku untuk merakam semuanya..
sebagai menjadi kenangan kerana dia tidak lagi sama selepas kejadian yang menimpanya..

sesungguhnya, Allah yang menggerakan hati hambanya..
masih didalam koleksiku...
penuh video kami ketika kecil..
dengan video itu dapatlah aku melepaskan rindu kepadanya...

adikku dilahirkan normal diusiakan menginjak ke 2 tahun setengah...
dikurniakan adik di ketika usia aku mampu mengorak langkah ku sendiri...
teringat kenangan ketika ibu ku ingin bersalin..
aku mengikut ibu bapaku ke hospital ketika itu..
tapi arwah opah zaiton ku telah memujukku untuk pulang bersamanya....
kerana aku sentiasa inginkan ibu...

aku masih kecil ketika itu..
tapi entah mengapa..Allah selitkan memori itu didalam kotak fikiranku..
segar hingga ke hari ini..bagai baru semalam aku melaluinya...

adikku selamat dilahirkan tepat pada 1.55 petang dengan berat 3.23kg..
sedikit ringan dariku..tapi tetap lahir sebagai bayi yang normal dan sihat...
Alhamdulillah Allah kerana mengurniakan adikku kepada keluarga kami...
lengkaplah keluarga kecil kami...

membesar bersamanya...aku mendapat teman dan sahabat baik..
kakak mana tak sayang adik..
walaupun mungkin aku selalu membulinya..
tapi aku tetap sayangkan dia...
biasalah hubungan adik beradik..kalau tak gaduh tak sah...

kebanyakkan memori ini tiada didalam kotak ingatanku..
tetapi terima kasih kepada ayahku..
dengan video yang dia rakam ketika kami kecil..
aku dapat melihat keletah kami berdua ketika kecil..
we are soulmate..
dia buli aku...aku buli dia...
ahhhhhhhhhhhhhh..how much i miss u my little brother...

membesar dengannya...mengingatkan semula kenangan kami...
aku harap aku mampu putar kembali masa...
tapi segalanya telah ditentukan..
dugaan dan ujian tiba untuk keluarga kecil kami...

ku sudahi dulu kisah ini di sini..
InshaAllah akan ku sambung kisah adikku..
kenapa aku memanggilnya Orang Teristimewa...




IBRAHIM MAHMOOD..
no matter what happen to you..
Kakak will always love you...

Thanks Love
NRaifanaMR

The End PART 1...



No comments: